Buang ovari dan tiub fallopio, Angelina Jolie kini menopause

0
18

PELAKON dan pengarah filem, Angelina Jolie kini menopause setelah menjalani pembedahan membuang kedua-dua ovari serta tiub fallopionya bagi mengelakkan diserang penyakit kanser baru-baru ini.

Aktres yang berusia 39 itu mengambil keputusan untuk membuang bahagian peranakan itu selepas diberitahu oleh doktor bahawa ujian darahnya menunjukkan berkemungkinan dia mengalami kanser peringkat awal.

Menerusi ujian kedua yang dijalankan, pihak hospital mendapati Angelina bebas daripada sebarang serangan kanser. Namun, sebagai langkah pencegahan, pelakon filem Maleficent itu tetap mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan.

Terdapat ketumbuhan kecil pada salah satu bahagian ovari, tetapi tiada tanda-tanda kanser wujud di sekitar tisu di organ tersebut.

Saya memilih untuk menyimpan bahagian uterus kerana ia bukan lokasi ketumbuhan sel kanser yang pernah di alami oleh ahli keluarga saya,” tulisnya untuk NY Times.

Angelina menambah: “Agak mustahil untuk menangani ketumbuhan kerana saya memang senang diserang kanser. Saya akan cuba untuk mencari perubatan semulajadi untuk menguatkan sistem imun saya. Saya berasa lebih wanita, dan dalam terhadap keputusan ini. Saya tahu anak-anak saya tidak akan berkata ibunya mati disebabkan kanser ovari,” jelasnya.

Terdahulu Angelina pernah menjalani pembedahan membuang kedua-dua belah payudaranya bagi mengelakkan serangan kanser di bahagian itu. Tindakan isteri kepada Brad Pitt itu untuk membuang bahagian utama peranakan menyebabkan dirinya tidak lagi boleh mengandung dan melahirkan anak.

Walaupun saya mengambil pil hormon, saya sudah menopause. Saya tidak boleh mengandung dan saya boleh rasa perubahan tersebut secara fizikal. Walau apa pun, saya tenang menghadapinya. Bukan kerana saya kuat, tetapu ia merupakan sebahagian daripada hidup saya. Tiada apa yang perlu ditakutkan,” jelasnya jujur.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini