Bruce Jenner ubah jantina: Benarkan transisi dirakamkan

0
8

BINTANG realiti, Bruce Jenner bakal ditemu bual oleh Diane Sawyer dan berbincang perihal transisi jantinanya daripada lelaki kepada wanita.

Menurut beberapa sumber, bekas atlet olimpik itu telah memilih sendiri jurnalis veteran tersebut bagi mengemudi rancangan khas yang bakal disiarkan pada bulan Mei depan. Transisi jantina Bruce juga bakal dirakamkan secara tanpa skrip bagi sebuah rancangan realiti yang akan disiarkan di saluran E!.

Dunia akan melihat transformasi penuhnya. Ia merupakan docuseries yang turut menampilkan ahli keluarga Bruce bercakap tentang transisi tersebut,” ujar sumber tersebut.

Bruce dan Kim

Baru-baru ini, anak tirinya, Kim Kardashian memberitahu Entertainment Tonight bahawa Bruce sedang berada dalam fasa paling gembira hidupnya.

Saya rasa, semua orang melalui banyak perkara dalam kehidupan dan Bruce akan berkongsi tentang perkara tersebut (transisi jantina) apabila sampai masanya nanti,” tutur Kim.

Kredit gambar: Softpedia

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini