Britney Spears kecewakan lelaki yang kelihatan seperti ‘cicak’ pada temu janji pertama

0
25

BRITNEY Spears kini lebih relaks dan terbuka berkongsi tentang kehidupan peribadinya dalam temu bual. Hal tersebut terserlah ketika Spears, 34, menjadi tetamu untuk satu rancangan temu bual TV popular di United Kingdom (UK), The Jonathan Ross Show yang ditayangkan beberapa hari lalu.

Menerusi rakaman temu bual berdurasi 20 minit itu, Spears mendedahkan status sebagai bintang ternama Hollywood bukanlah kelebihan untuk mendapatkan lelaki yang baik sebagai teman hidup.

Ibu kepada dua anak lelaki itu memberitahu kepada hos rancangan, Ross, bahawa seorang rakannya mengatur satu temu janji untuknya bersama seorang lelaki tidak dikenali.

“Saya bersetuju dan menemui lelaki tersebut. Apa yang memeranjatkan ialah dia (lelaki tersebut) kelihatan seperti cicak (lizard)!” kongsi Spears tanpa berselindung dan disambut dengan hilai tawa penonton di studio yang menyaksikan rakaman temu bual tersebut.

Ross yang kelihatan agak terperanjat dengan kenyataan Spears kemudiannya bertanya lebih lanjut tentang apakah yang terjadi selepas itu?

“Saya tidak menunggu lama untuk pergi dari situ,” sambung Spears.

Puteri pop dunia itu turut menjelaskan bahawa dia sangat gembira dengan kehidupan solonya sekarang dan tidak memerlukan lelaki sebagai pelengkap hidup.

Spears yang berada di UK sejak minggu lalu bagi mempromosikan album studio kesembilannya, Glory, juga meluangkan masa bermain beberapa permainan bersama Ross seperti Spears Pong (beer pong) dan Never Have I Ever.

Menerusi permainan Never Have I Ever, Spears mengaku di pernah membuang angin (kentut) ketika membuat persembahan di atas pentas. Dia turut menerima ‘hukuman’ ketika bermain Spears Pong dengan mengucup aktor kacak, Alexander Skarsgard, di belakang pentas yang juga menjadi salah seorang tetamu Ross.

Pada penghujung rancangan, Spears turut membuat persembahan bagi single pertama album Glory, Make Me.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini