Hiburan

Britney Spears, Iggy Azalea bercumbu?

By  | 

OOPS…she did it again! Puteri pop dunia, Britney Spears bikin kontroversi terbaharu apabila foto-foto penggambaran muzik video terbaharunya bersama Iggy Azalea dipaparkan agensi-agensi berita antarabangsa.

2-britney azalea

Selain sekeping gambar yang memaparkan aksi intim Spears dan Azalea yang hampir bersentuhan bibir, perut Spears yang sedikit berlapis turut menjadi bualan ramai.

Bagaimanapun ramai yang mempertahankan fizikal Spears dan menyifatkan kondisi tubuh bintang berusia 33 tahun itu sebagai normal.

5-britney azalea

Seorang wanita yang menggunakan nama emsantes di laman web US Magazine berpendapat: “Stop hating on her belly guys.. She looks awesome. This is why so many women/girls have a negative view of body image!!” (Hentikan memberikan komen negatif terhadap perut Britney… Dia kelihatan hebat. Kritikan seperti ini yang membuatkan ramai wanita dan gadis menyimpan tanggapan negatif terhadap bentuk tubuh badan sebegini).

3-britney azalea

Berdasarkan pemerhatian awal, muzik video tersebut bakal menyaksikan Spears dan Azalea berada di era 1980-an. Spears dilihat menawan menyarungkan baju dengan cetakan kulit harimau bintang manakala Azalea kelihatan seksi dalam jaket denim dengan gaya rambut keriting kembang.

6-britney azalea

Penggambaran muzik video itu adalah untuk single terbaharu Spears dan Azalea berjudul Pretty Girls. Lagu kolaborasi sulung mereka itu akan dilancarkan pada 5 Mei depan.

1-britney azalea

Kredit foto: US Magazine / People / Heraldsun

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *