Brad, Angelina ambil anak angkat yang keempat

0
19

NAMPAKNYA, keluarga pasangan suami isteri, Brad Pitt dan Angelina Jolie semakin berkembang. Menerusi laporan yang dipetik daripada Woman’s Day, pasangan itu dikatakan bakal mengambil seorang anak angkat lelaki berusia dua tahun.

Anglelina dilaporkan bertemu dengan Moussa, seorang pelarian berbangsa Siria yang berasal dari Turki ketika melawat kem kanak-kanak itu sewaktu bergelar jurucakap Bangsa-Bangsa Bersatu baru-baru ini.

Menurut sumber, Angelina begitu terkesan dengan nasib yang menimpa Moussa.

“Wajah Moussa berseri-seri apabila dia melihat Angelina mengesat air matanya. Moussa kemudiannya datang pada Angelina dan memeluknya. Ia merupakan momen yang sungguh sedih.

“Angelina mencium dahi kanak-kanak itu dan mereka berdua menjadi sangat rapat sepanjang lawatan tersebut,” ujar sumber itu.

Angie Kids

Brad dan Angelina mempunyai enam orang cahaya mata iaitu Shiloh Nouvel Jolie-Pitt, Knox Léon Jolie-Pitt dan Vivienne Marcheline Jolie-Pitt termasuk tiga anak angkat, Maddox Chivan Jolie-Pitt, Pax Thien Jolie-Pitt dan Zahara Marley Jolie-Pitt.

Kredit gambar: US Magazine

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini