Bila pemenang Oscar jadi transgender

0
15

MUNGKIN anda akan berasa terkejut melihat imej baharu pemenang Oscar, Eddie Redmayne. Pelakon berusia 33 tahun itu sedang menjalani penggambaran bagi filem The Danish Girl, yang diilhamkan daripada kisah seorang transgender terawal bernama Lili Elbe.

Eddie

Eddie menyelusuri jalan hidup Lili yang menjalani pembedahan menukar jantina sekitar 100 tahun yang lalu.

Terbaharu, pihak produksi telah meriliskan sekeping foto Eddie yang mengenakan solekan tebal dan rambut palsu bewarna merah.

Ketika pihak produksi merancang untuk menerbitkan filem ini sekitar lima tahun lalu, pelakon Nicole Kidman dicadangkan untuk menggalas watak Elbe, dengan Gwyneth Paltrow memegang watak isterinya, Gerda. Bagaimanapun, watak Gerda kini dimainkan oleh pelakon dari Sweden, Alicia Vikander.

Filem yang kini sedang dalam proses penggambaran diarahkan oleh Tom Hooper, individu sama yang bertanggungjwab mengangkat Les Misérables ke layar lebar.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini