Beauty and the Beast lulus tayang 30 Mac tanpa suntingan

0
4

FILEM Walt Disney Pictures (Disney) yang mencetuskan kontroversi, Beauty and the Beast akhirnya diluluskan untuk ditayangkan di pawagam Malaysia pada 30 Mac 2017.

Disney Malaysia mengesahkan filem tersebut menerima kelulusan tayangan tanpa sebarang suntingan dengan klasifikasi P13.

Sebelum ini Lembaga Penapisan Filem (LPF) memotong babak kecil filem tersebut yang didakwa memaparkan momen gay secara tersembunyi. Pihak Disney membuat rayuan kepada LPF agar menilai kembali filem berkenaan agar kelulusan tayangan diberikan tanpa sebarang pemotongan babak.

Beauty and the Beast mengundang kontroversi apabila pengarahnya, Bill Condon mendedahkan Watak Lefou yang digalas Josh Gad adalah seorang homoseksual. Filem itu turut dilakonkan oleh Emma Watson Dan Stevens.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini