Baru 3 bulan berkahwin, rumah tangga Hafiz Hamidun dan Joy bermasalah?

0
380
FOTO / @hafizhamidun

WALAUPUN baru mengikat tali pernikahan, rumah tangga yang dibina oleh penyanyi Hafiz Hamidun dan pengusaha kosmetik, Joy Revfa dikatakan sedang bermasalah.

Memetik laporan BH Online, Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, 30, sering memuat naik kata-kata sedih di Instagram seolah-olah memberi gambaran bahawa ada perkara yang sedang berlaku dalam rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, Joy enggan memberikan sebarang komen mengenai andaian tersebut.

Saya tidak mahu komen panjang. Ramai yang sudah tanya (berkenaan masalah rumah tangga). Kalau nak cakap mengenai bahagia, semua orang inginkan kebahagiaan. Cuma kerjaya masing-masing membuatkan kami terlalu sibuk.

Saya mahukan keluarga bahagia, tetapi apakan daya,” katanya.

Beberapa hari lalu, usahawan kosmetik itu seolah-oleh memberi bayangan mengenai pergolakan dalam rumah tangganya menerusi muat naik video lagu Despacito yang dinyanyikan semula oleh beberapa penyanyi wanita dalam bahasa Melayu.

Bersabar dari terburu2 & terus keliru…. 🎧 Love this song 🎧

A post shared by Founder of MERVE Cosmetics (@joyrevfa) on

Antara lain, lirik lagu itu berbunyi: “Ku keliru, jujur aku katakan aku keliru, sejak pertama kali kita bertemu, ku fikir ku tahu apa yang ku mahu.”

Video berkenaan diiringi dengan status berbaur sedih, ‘Seharusnya… lebih baik bersabar dari terburu-buru dan terus keliru.’

Kemudian Joy turut memuatnaik paparan skrin perbualannya dengan Heliza Helmi yang menyifatkan penyanyi dan pelakon itu antara sahabat yang sentiasa menjadi penyejuk hatinya ketika dia sedang berduka.

Sementara itu, menurut laporan yang diterbitkan oleh Kosmo! Online, suami kepada Joy, Hafiz Hamidun enggan memberikan sebarang kata putus mengenai keharmonian perkahwinan mereka.

Saya tidak dapat memberikan respons. Saya akan beri kenyataan nanti,” kata Hafiz.

Sebelum ini, pasangan tersebut menjadi bualan apabila Revfa dikatakan menyekat Hafiz daripada melihat gambrnya di Instagram.

Joy dan Hafiz diijabkabulkan dalam majlis di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam, pada 1 Mei lalu.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini