Bakal peguam juara Pencarian Nona Manis 2015

0
48

Pencarian Nona Manis Akhir telah mengumumkan Naseha Uyaina Arshad (Uyaina), seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Undang Undang dari Universiti Malaya sebagai Nona Manis 2015 sekaligus membawa pulang hadiah trofi, hadiah wang tunai RM 15,000, tajaan pakaian daripada Blossom Box Store, tudung bawal Aidijuma dan barangan kemas bernilai RM15,000 daripada Habib.

11373827_1178651232161100_1876649111_n
Foto Instagram @uyaina_nonamanis

Pencarian Nona Manis, segmen istimewa dalam program majalah wanita terbitan TV3, Nona bertujuan mencari satu ikon generasi muda masa kini telah pun melabuhkan tirainya pada hari Ahad yang lepas.

Setelah tujuh minggu mengharungi pelbagai cabaran yang menguji kebolehan mereka dalam dunia penyiaran, keusahawanan dan program khidmat masyarakat, hanya lima finalis sahaja yang berjaya ke peringkat akhir iaitu Siti Maryam Binti Hussin (Maryam), Nurul Arifah Binti Abdul Rashid (Yuyu), Nur Shaqira Edora Binti Ghaffar (Edora), Naseha Uyaina binti Arshad (Uyaina) dan Balqish Banu Binti Mohd Hussni (Balqish).

11375222_420970668102137_711376514_n
Foto Instagram @blossomboxstore

Balqish, Edora, Maryam, Uyaina dan Yuyu perlu mempersembahkan tugasan akhir mereka dengan topik-topik yang dipilih. Kemudian, mereka perlu berhadapan dengan sesi soal jawab secara langsung yang dikendalikan oleh panel juri profesional di pentas akhir.

Antara topik yang dipersembahkan oleh kelima-lima finalis Nona Manis ialah Kesan Kaunseling Dalam Memperbaiki Hubungan Suami Isteri (Balqish), Generasi Tunduk (Edora), Barah Payudara (Yuyu), Perkosaan Dalam Rumah Tangga (Uyaina) dan Kecantikan Dari Kacamata Lelaki (Maryam).

Memetik kenyataannya menerusi akaun Instagram peribadinya @uyaina_nonamanis, perasaan gemuruh mengatasi segalanya menjelang hari pertandingan tersebut.

Would you believe me if I say I muntah hijau the night before my grand finale? Yes, I did. Because I was so nervous. I was nervous for so many reasons. Takut tergolek on stage (6-inch heels), takut tak boleh jawab soalan, takut tergagap dan tersasul, takut memalukan diri sendiri, keluarga, dan takut menjatuhkan nama Nona yang amat gah.

“Alhamdullilah, semuanya berjalan lancar and I cannot say how thankful I am. My friends and I, we did a pretty good job, didn’t we? To all my supporters, be it family or friends or those who didn’t even know me, I just wanna say thank you.

When I saw my family in red yesterday (not to mention the banners etc), it gave me a good kind of pressure to do my very best. I hope I’ve made all of you proud,” nukilnya.

Uyaina
Foto TV3

Sementara itu, menurut Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama & Rancangan TV3 & TV9, Sherina Nordin, Pencarian Nona Manis berjaya mencapai objektifnya dengan menyediakan platform untuk mengasah bakat baharu gadis-gadis muda ini.

“Penglibatan mereka selama tiga bulan ini pasti dapat memberi pendedahan dan pengalaman yang berharga kepada para finalis kami terutama mereka yang tidak mempunyai asas dalam bidang penyiaran. Kami berharap agar mereka dapat menggunakan ilmu yang diperoleh dan juga kemahiran baharu ini untuk mencapai cita-cita mereka nanti,” katanya.

Barisan pemenang Nona Manis 2015 - Edora (Naib Juara), Uyaina (Juara) & Maryam (Tempat Ketiga)
Foto TV3

Siaran langsung Pencarian Nona Manis Akhir ini telah dihoskan oleh Fouziah Gous, Fara Fauzana dan Dayah Bakar. Menariknya, majlis tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian hebat daripada Altimet, Azmil Mentor Legend dan Hafiz Suip.

Pemenang Nona Manis 2015 ini telah dinilai oleh lima juri profesional yang diketuai oleh Hajah Nurfarahin Jamsari, selaku Pengurus, Pengurusan Imej Media Prima Berhad disertai oleh koresponden TV3 di London, Haliza Hashim, pereka fesyen Jovian Mandagie, Pengerusi Persatuan Pereka Bumiputera, Mahani Awang, serta pelakon popular Fahrin Ahmad.

Pertandingan tersebut menyaksikan Edora diumumkan sebagai naib juara dan menerima hadiah wang tunai RM10,000, tajaan pakaian daripada Blossom Box Store, tudung bawal Aidijuma dan barangan kemas bernilai RM10,000 daripada Habib.

Manakala pemenang ketiga iaitu Maryam menerima hadiah wang tunai RM5,000, tajaan pakaian daripada Blossom Box Store, tudung bawal Aidijuma dan barangan kemas bernilai RM5,000 daripada Habib. Sementara itu, pemenang sagu hati iaitu Yuyu dan Balqish juga turut menerima hadiah wang tunai RM2,500 dan barangan kemas bernilai RM2,000 daripada Habib.

Sejak diperkenalkan pada tahun 1985, program majalah wanita terbitan TV3, Nona yang memaparkan isu-isu wanita berkaitan fesyen, kecantikan dan kekeluargaan menjadi sumber rujukan dan teman setia kepada penonton wanita.

Bersempena dengan sambutan ulang tahunnya yang ke-30, Nona telah memperkenalkan segmen istimewa, ‘Pencarian Nona Manis’ yang bertujuan menampilkan gadis-gadis muda yang jelita dan mempunyai perwatakan yang menarik.

Kriteria untuk bergelar finalis Nona Manis ialah wanita yang berusia dalam lingkungan umur 21 hingga 30 tahun, berstatus bujang, mempunyai personaliti yang menarik dan mempunyai tahap pendidikan sekurang-kurangnya Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau yang setaraf dengannya.

Debaran lima finalis Pencarian Nona Manis Akhir menanti keputusan
Foto TV3

Sepuluh peserta yang terpilih pada peringkat awal ialah Siti Maryam Binti Hussin (Maryam), Nurul Nabila Humaira Binti Kamaruzaman (Maira), Nurul Arifah Binti Abdul Rashid (Yuyu), Nur Syadanar Binti Mohd. Zahari (Syadanar), Nur Shaqira Edora Binti Ghaffar (Edora), Nur Rafiza Binti Abdul Talib (Jaja), Nor Azween Binti Mohd Noor (Aween), Naseha Uyaina binti Arshad (Uyaina), Fatihin Husna Binti Bahrom (Fatihin), dan Balqish Banu Binti Mohd Hussni (Balqish). Namun, hanya lima finalis terbaik berentap di Pencarian Nona Manis Akhir yang telah berlangsung pada 2 Ogos 2015 iaitu Maryam, Yuyu, Edora, Uyaina dan Balqish.

Setelah 30 tahun, keserian program Nona tidak pernah pudar walaupun pengacaranya bersilih ganti. Kini, Nona menampilkan Fouziah Gous selaku pengacara dengan paparan enam segmen menarik pada setiap episod antaranya Nona Isu, Nona Inspirasi, Nona Manis, Nona Cantik, Nona Luahan Rasa, Nona Fesyen, Nona Resepsi dan Nona Suami Isteri.

KONGSI
Artikel sebelumnyaTerang Bintang Farah Ann
Artikel seterusnyaLangkah Komersial Idris Khan & Malek Mccrone

Selepas lima tahun bersama akhbar berbahasa Melayu tempatan, penulis memanjangkan langkah dalam bidang rekaan fesyen bersama label peribadi. Kecintaan terhadap dunia penulisan dilanjutkan bersama Pepatung berbekalkan pengalaman skop hiburan, pelancongan dan biografi.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini