Azri, Salma timang bayi perempuan

0
37
Azri dan Salma telah mendirikan perkahwinan pada Januari tahun ini.

Azri dan Salma telah mendirikan rumah tangga pada Januari 2015
Azri dan Salma telah mendirikan rumah tangga pada Januari 2015

image

Pasangan penyanyi rancangan realiti Azri Abdullah, 27, dan Salma Asis, 25, telah selamat menimang cahaya mata sulung mereka pada pukul 9.31 malam tadi di Hospital Serdang, Selangor.

Bayi perempuan seberat 4.1 kilogram itu selamat dilahirkan menerusi teknik pembedahan caesarean dan penyanyi wanita itu masih ditahan di wad bersalin sehingga keadaan betul-betul stabil.

“Alhamdulillah isteri saya telah selamat bersalin pada pukul 9.31 malam tadi secara pembedahan.

“Apabila dimaklumkan Salma terpaksa dibedah berikutan saiz bayi saya cemas sebenarnya kerana doktor memaklumkan sekiranya dibedah ia berisiko pada ibu namun jika teruskan bersalin secara normal ia mungkin berisiko pada bayi.

“Namun, syukur semuanya berjalan lancar dan Salma kini masih dalam keadaan lemah dan sedang dirawat di wad bersalin,” ujar Azri kepada Pepatung ketika dihubungi siang tadi.

Tambah Azri, bayi perempuan itu diberi nama Andi Raisya yang diperolehnya menerusi mimpi sebelum mengetahui jantina bayi dalam kandungan lagi.

Bayi perempuan seberat 4.1 kilogram ini diberi nama Andi Raisya.
Bayi perempuan seberat 4.1 kilogram ini diberi nama Andi Raisya.

“Memang sekarang pun saya sudah menjadi bapa kepada anak Salma yg pertama. Tetapi kali ini perasaannya berbeza, bercampur baur.

“Dari mula saya menjaga Salma sampai saat dia melahirkan zuriat kami.

“Gara-gara terlalu teruja, ketika mahu iqamah pun tunggang-terbalik,” katanya penuh ceria.

Salma akan berpantang di kediaman mereka di Selangor dan akan dipantau oleh saudara mereka.

Azri merupakan bekas pelajar rancangan realiti Akademi Fantasia 9 telah mendirikan rumah tangga bersama juara program realiti Mentor, Salma pada 31 Januari 2015.

Ini merupakan perkahwinan kedua Salma dan menerusi perkahwinan terdahulu protege kepada Erra Fazira itu dikurniakan seorang cahaya mata Puteri Nurul Huda, 8 tahun.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini