Au revoir, American Idol

0
5

SELEPAS 13 tahun bersiaran, rancangan pencarian bakat popular, American Idol bakal melabuhkan tirai selepas musim ke-15 yang dijadualkan menemui penonton pada Januari tahun depan. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh portal hiburan E!, jumlah penonton yang kurang merupakan salah satu sebab mengapa program tersebut ditamatkan siarannya.

Pembatalan American Idol tidak datang mengejut, memandangkan jumlah penonton yang semakin berkurangan saban tahun. Walaupun banyak pembaharuan dijalankan, namun, ia masih gagal untuk menarik orang awam kembali menyaksikan American Idol.

Tahun lalu, hanya 9 juta penonton yang menonton American Idol, berbanding 38 juta sewaktu minggu akhir musim kedua yang menyaksikan peserta Clay Aiken berentap dengan Ruben Studdard,” ujar sumber.

Dalam pada itu, pengacaranya, Ryan Secrest turut merasai kesedihan apabila diberitahu tentang pembatalan program berkenaan. Ujarnya: “American Idol sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya. Sukar untuk menggambarkan ketiadaannya nanti.

Saya berasa bertuah terlibat dalam American Idol. Ia merupakan rancangan yang membantu mereka yang ingin mengejar cita-cita sebagai penyanyi. Sejujurnya, ada sebilangan yang berjaya mengecapi populariti sehingga kini,” katanya.

Pada musim ke-15 akan datang, Ryan bakal kembali membawakan peranan sebagai pengacara manakala kerusi hakim diisi oleh Harry Connick Jr., Keith Urban dan Jennifer Lopez.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini