Ashton Simpan Jeruk Untuk Mila

0
18

DALAM satu temu bual dijalankan oleh Ellen DeGeneres menerusi rancangannya, pelakon Mila Kunis buat pertama kalinya berbicara mengenai kehamilan sulungnya bersama Ashton Kutcher.

Menurut pelakon yang popular dengan filem Ted itu, Ashton yang juga tunang kepada Mila telah menyediakan sebuah peti sejuk kedua bagi memudahkan mereka untuk menyimpan pelbagai jenis makanan.

“Dia menyangkakan saya akan mengalamai keinginan untuk makan yang melampau. Justeru, dia memenuhkan peti sejuk kedua kami dengan banyak makanan pelik.

“Antara makanan yang diletakkan di dalam peti sejuk tersebut termasuklah jeruk timun, ikan masin dan aiskrim – sekiranya dalam satu-satu masa nanti, saya mengidam makanan yang bukan-bukan.

“Seperti minggu lalu, dengan tidak semena-mena, saya mahu makan jeruk timun. Keinginan itu sangat aneh. Tetapi, Ashton dengan segera pergi ke bahagian dapur dan membawa keluar jeruk timun untuk saya,” ujarnya.

KONGSI
Artikel sebelumnyaMiley Nafi Ambil Dadah Berlebihan
Artikel seterusnyaPenipuan Yang Lelaki Mahu Dengar
Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini