KECOH di laman Twitter apabila ada pengguna laman sosial tersebut yang mendakwa seorang pelakon lelaki berstatus suami mempunyai tabiat di luar duga. Menurutnya, biarpun pelakon tersebut telah mendirikan rumah tangga, dia mengamalkan cara hidup yang salah.

Menerusi rangkaian tweet yang diterbitkan, artis lelaki tersebut dikatakan tidak sesempurna seperti apa yang digambarkan menerusi kapsyen Instagram mahupun akaun media sosial yang lain.

Namun, pengguna Twitter bernama CatFishzzi itu sempat memberitahu yang dia bukanlah menulis tentang perkara ini kerana busuk hati, tetapi tidak tahan dengan tingkah laku pelakon terbabit yang suka bercakap besar di laman sosial.

Tweet yang diterbitkan oleh CatFishzzi telah diulangsiar sebanyak lebih 250 kali dan beberapa pengguna Twitter lain turut berspekulasi mengenai siapakah pelakon lelaki tersebut.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini