Ariana Grande terlebih seksi di atas pentas

0
49

ADUHAI Ariana Grande bikin panas lagi. Kali ini, bintang pop itu muncul dalam persalinan seksi ketika melakukan persembahan di Y100 Jingle Ball, Florida, Amerika Syarikat (AS).

24370CB600000578-2883217-No_Problems_here_Ariana_put_on_quite_the_performance_in_Florida_-a-8_1419240237140

Penyanyi berusia 21 tahun itu mengenakan bodysuit rona hitam yang menjolok mata serta dipadankan bersama but setinggi paras paha. Hanya cekak snowflake dan wristband bulu berwarna putih melambangkan tema Krismas dalam penampilannya.

Grande turut disertai Jessie J ketika menyampaikan lagu kolaborasi mereka, Bang Bang.

Sebelum ini, Grande pernah mendapat malu ketika melakukan persembahan pada pertunjukan fesyen Victoria’s Secret (VS). Sedang rancak menyampaikan medley lagu hitnya, kepak yang dipakai model VS, Elsa Holk secara tidak sengaja terkena wajah Grande.

2-grande

Apa yang melucukan adalah foto yang tersebar di laman sosial menunjukkan riak wajah Grande yang jelas tampak ketakutan atau tidak berpuas hati dengan kejadian tersebut.

Foto kredit: Daily Mail/US Magazine

KONGSI
Artikel sebelumnyaMonyet jadi hero selamatkan nyawa kawannya
Artikel seterusnyaWangian berkarakter The One, Dolce & Gabbana
Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini