Hiburan

Alif Satar sumbang suara untuk kartun Ben 10 versi Bahasa Melayu

By  | 

PEMINAT Ben 10 pasti menggemari episod-episod baharu bulan ini yang mula bersiaran pada 10 Jun lalu. Aksi lincah Ben tennyson, Grandpa Max dan Gwen tentunya menceriakan pagi Sabtu anda.

Bergandingan bersama 10 adiwira makhluk asing dan bantuan jam tangan Omnitrix milik Ben, mereka bersama-sama menempuh pengembaraan penuh magis.

Menariknya, penyanyi, pelakon dan pengacara, Alif Satar turut meminjamkan suaranya untuk watak antagonis, Tim Buktu.

Ben 10 amat dekat di hati saya dan merupakan siri kartun yang saya gemari. Saya membesar bersama-sama Ben 10.

“Sudah semestinya saya teruja dan gembira kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada siri ikonik ini. Memainkan watak Tim Buktu amat menyeronokkan,” kongsi Alif.

Jangan ketinggalan untuk menonton Ben 10 pada setiap hari Sabtu, pukul 9 pagi di Cartoon Network (Astro Saluran 616).

Comments

comments

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *