SEKITAR tahun 2011, Birdy pernah mengejutkan industri hiburan antarabangsa apabila dia muncul dengan sebuah album debut yang mengandungi rangkaian lagu-lagu saduran berentak pop Indie.

Walaupun percaturan kariernya tampak sedikit pelik, namun, pendengar mula jatuh hati dengan keunikan vokal tuan empunya nama Jasmine van den Bogaerde ini.

Tenyata, langkah bijak Birdy membuahkan hasil. Menerusi album keduanya yang berjudul Fire Within,  penyanyi yang berasal dari England, Britain ini sekali lagi mampu berdiri dengan kekuatan vokalnya menerusi 15 buah lagu hasil garapan bersama pemuzik-pemuzik terkenal yang lain.

Wings, single pertama yang ditulis oleh Birdy bersama vokalis kumpulan One Republic, Ryan Tedder kedengaran sedikit berbeza berbanding dengan lagu-lagunya yang lain. Elemen pop rancak yang lebih organik disuntik dalam lagu ini sedikit sebanyak dapat membuka peluang kepadanya untuk dikenali oleh pendengar dan peminat lagu-lagu arus perdana.

Menerusi single keduanya yang berjudul No Angel, Birdy bekerjasama dengan salah seorang ahli kumpulan Mumford & Sons, Ben Lovett. Lagu berentak melankolik ini telus mencerminkan kekuatan sebenar vokal unik penyanyi berusia 18 tahun itu.

Selain itu, Birdy bijak be reksperimentasi dengan bu nyi string dan piano menerusi lagu Words Are Weapon dan Standing In the Way of the Light. Kedua-dua lagu ini kedengaran segar, tidak klise serta berkesinambungan antara lagu-lagu yang lain.

ULAS KESELURUHAN
KONGSI
Artikel sebelumnyaCara Mencari Teman Lelaki Untuk Gadis Pemalas
Artikel seterusnyaJennifer Aniston Gelapkan Rambut
Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini