Album baharu Madonna bocor di internet!

0
21

RATU Pop dunia, Madonna terpaksa akur dengan kekejaman internet zaman ini. Keseluruhan album baharunya yang dijadualkan untuk pelancaran tahun depan telah dibocorkan.

tumblr_m6pj4vr85b1qezxsoo1_r1_500

Album tanpa nama (setakat ini ia dipanggil Iconic atau Unapologetic Bitch) yang tersebar di internet itu bagaimanapun difahamkan adalah demo-demo tidak sempurna. Madonna sendiri menerusi akaun Instagram miliknya menafikan bahawa album bocor itu adalah rakaman penuh dan sentuhan akhir bagi album baharunya.

“Terima kasih kepada mereka yang memilih untuk tidak mendengar. Namun bagi yang mendengarnya, ketahuilah bahawa ia hanyalah sebuah album dengan senaraian lagu demo tidak lengkap,” demikian luahan diva berusia 56 tahun itu.

1-madonna

Menerusi projek baharu itu, Madonna membariskan nama-nama besar semasa seperti Diplo, Avicii, Natalia Kills dan Ryan Tedder. Ia merupakan album studio ke-13 Madonna selepas kali terakhir muncul bersama MDNA pada tahun 2012.

Sebanyak 13 lagu tersebar dalam album bocor itu. Berikut adalah senarai judul tersebut:

1. Unapologetic Bitch
2. Bitch I’m Madonna
3. Addicted (The One That Got Away)
4. Borrowed Time
5. Heartbreak City
6. Illuminati
7. Joan Of Arc
8. Living 4 Love (Carry On)
9. Make The Devil Pray
10. Messiah
11. Rebel Heart
12. Revolution
13. Wash All Over Me

Pepatung sempat mendengar kesemua lagu di atas. Berdasarkan pendengaran pertama dan demi mempercayai kenyataan Madonna bahawa album bocor itu bukan hasil menyeluruh, bolehlah dikatakan bahawa ia adalah sebuah album yang mesti dimiliki pada tahun 2015!

Mungkin para ‘penganalisis’ New World Order, Freemason dan Illuminati akan mendapati album ini menarik. Kerana apa? Madonna tidak lagi berselindung menyogok maklumat yang anda mahukan. Lagu Illuminati misalnya, mungkin satu pengakuan secara terang-terangan, tetapi difahamkan ia adalah satu jenaka Madonna terhadap golongan yang menganggap dirinya (Lady Gaga, Beyonce, Jay Z dan Amerika Syarikat) sebagai penggerak agenda tersembunyi. Apabila mendengar lagu ini, terngiang-ngiang lagu Work Bitch dendangan Britney Spears. Barangkali cara liriknya disampaikan seperti sedang bercakap (bukan menyanyi) menjadikan ia agak mirip.

en-27427

Make The Devil Pray kedengaran agar menyeramkan. Begitu juga Messiah, menandakan Madonna masih mahu mengekalkan identiti ‘seni’sebegini dalam muziknya.

Bitch I’m Madonna seronok didengar tetapi semua orang tahu, hanya frasa It’s Britney Bitch! ikonik untuk dikenang. Please Madonna, anda seorang legenda, tidak perlu menjejaki Beyonce yang berharap frasa Bow Down Bicthes untuk menjadi sebutan ikonik setanding Britney. Tidak sama sekali.

Nota: Pepatung tidak menyokong sebarang muat turun haram. Justeru, anda tidak akan menemui sebarang pautan muat turun atau mendengar album bocor Madonna di dalam entri ini.

Foto kredit: whatsthet/instagram/madonnarama

KONGSI
Artikel sebelumnyaPerkara rutin yang boleh menyebabkan pembaziran
Artikel seterusnyaBila beruang masuk London: Paddington cari tempat berteduh
Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini