SELEPAS beberapa hari mengunci mulut mengenai penularan video lucah yang didakwa miripnya, Syafiq Kyle bersuara. Menerusi akaun Instagram, Syafiq berkata, dia dan pihak pengurusannya memandang serius mengenai perkara tersebut.

Kami sedang bekerjasama dengan pelbagai pihak agar kesulitan yang timbul bakal dimuktamadkan dengan segera.

Adalah baik jika perkara ini tidak dipanjangkan lagi, selain menghormati bulan Ramadan. Jika ia berpanjangan, kami akan mempertimbangkan tindakan undang-undang,” kata Syafiq.

Assalamualaikum ✨

A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez) on

Dalam pada itu, Syafiq turut menegaskan yang screenshot perbualan yang tular juga merupakan suntingan pihak tidak bertanggungjawab.

Pelakon drama Nur itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadapnya sepanjang dilanda kontroversi.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini