AJL 30 raikan 3 dekad mencipta fenomena

0
19

Setiap tahun Anugerah Juara Lagu pastinya merupakan acara muzik terbesar Malaysia yang pastinya di tunggu-tunggu. Malah tidak salah jika acara berprestij itu boleh dianggap sebagai agenda negara kerana pengaruhnya yang kuat dalam industri muzik tanahair.

Acara itu kini telah bertapak selama 30 tahun dalam mewarnai evolusi muzik negara. Jika edisi sebelumnya memilih konsep ‘Gema dalam Muzik’, kali ini Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30) memilih konsep yang lebih gah iaitu ‘Kegemilangan dan Kemeriahan 30 tahun AJL’ bagi menggambarkan penganjurannya selama 3 Dekad Mencipta Fenomena.

“Konsep ‘Kegemilangan dan Kemeriahan’ menjadi pilihan kerana kami ingin meraikan usia Anugerah Juara Lagu yang semakin signifikan dan semestinya memberikan impak dalam arus muzik tanahair. Tiada siapa yang boleh menafikan bahawa AJL merupakan acara muzik terbesar negara kerana kesemua lagu yang dipertandingkan mempunyai kualiti tersendiri hasil penjurian profesional.

“Malah penganjurannya juga mempunyai nilai ‘standard’ yang tinggi berskala artis antrabangsa dengan penataan cahaya, sistem bunyi dan pastinya gimik dan props yang tidak pernah mengecewakan. Inilah hadiah pembuka tirai 2016 yang terbaik bakal kami sajikan kepada penonton TV3,” kata Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9, Sherina Nordin.

Sidang media khas baru-baru ini mengumumkan secara rasminya bahawa acara berprestij itu bakal berlangsung pada hari Ahad, 24 Januari 2016 secara langsung dari Stadium Malawati, Shah Alam dan bakal dihoskan oleh pengacara Muzik Muzik yang serasi bersama iaitu Fara Fauzana dan AG Hot FM.

Finalis AJL30

AJL30 yang bakal menginterprestasikan kemeriahan 3 Dekad Mencipta Fenomena itu juga bakal mengimbas kembali beberapa detik istimewa sepanjang 30 tahun penganjurannya. Dalam majlis yang sama, Anugerah Ikon AJL turut diberikan kepada para pemenang terdahulu yang juga mewakili penyanyi, komposer dan penulis lirik yang memberi impak besar.

Lima penerima anugerah itu ialah Francissca Peter dan Manan Ngah menerusi lagu Sekadar Di Pinggiran  yang merupakan lagu Juara Lagu pertama (1986), kumpulan Search yang merupakan kumpulan pertama menjuarai acara itu dengan lagu Isabella (1989), Datuk Siti Nurhaliza sebagai penyanyi wanita yang paling banyak menjuarai Juara Lagu dengan Jerat Percintaan (1996), Cindai (1998), dan Balqis (2000). Manakala Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) dan Hairul Anuar Harun turut mendapat penghargaan sebagai pencipta lagu etnik kreatif untuk Cindai (1998) dan Balqis (2000). Joe Flizzow dan Sona One merupakan pemenang AJL 29 selaku penyanyi, komposer dan penulis lirik untuk lagu hip hop pertama diangkat menerusi lagu Apa Khabar (2014).

CXXzrZUU0AEKaIA

Jika tahun sebelumnya, jelajah promosi (road tour) dijalankan, kali ini sebuah festival muzik berskala besar bakal dianjurkan bagi memberi peluang kepada para penonton menemui penyanyi kesayangan mereka selain mencuba pelbagai aktiviti yang tersedia.

Festival AJL30 akan diadakan pada 9 Januari 2016 di Dataran 1 Malaysia, Klebang, Melaka bermula 2.00 petang sehingga 12.00 tengah malam. Festival itu bakal mengadakan konsert besar-besaran dimana para penyanyi terkenal akan membawakan lagu-lagu yang pernah bertanding di acara berprestij tersebut.

AJL30 bakal menyaksikan 12 finalis berentap bagi membawakan kekuatan lagu masing-masing dan bakal dipancarkan oleh Pamoga Qu Puteh pada 24 Januari 2016 nanti.

Dato Seri Vida sebagai penaja AJL30

“Alhamdulillah, Vida Beauty Pamoga Qu Puteh yang telah 15 tahun bertapak dengan teguh dalam pasaran berjaya memenangi hati pengguna. Diberi peluang sekali lagi menjadi penaja utama AJL30 yang berprestij dan gilang-gemilang adalah merupakan satu titik tolak bagi melebarkan lagi sayap perniagaan saya di masa hadapan. Penglibatan Qu Puteh dan Pamoga dalam AJL29 pada tahun lepas memberikan impak positif dalam penjualan produk saya. Disamping menyokong industri muzik tanah air, saya juga berharap penglibatan dalam acara berprestij ini dapat meletakkan saya dan perniagaan saya setinggi-tinggi bintang di awan. Saya berharap dengan kehadiran Pamoga dan Qu Puteh dapat memancarkan lagi Anugerah Juara Lagu 30,” kata Dato’ Seri Vida.

AJL30 juga memperkenalkan Anugerah Qu Puteh Diva yang meraikan juara-juara sepanjang 30 tahun penubuhan AJL.  Anugerah yang diundi melalui laman web www.anugerahjuaralagu.com ini juga memberikan peluang kepada penonton untuk mengundi persembahan juara lagu terbaik dari AJL 1986 hingga AJL 2014!

Penonton boleh memilih persembahan kegemaran mereka dengan menekan butang Undi sebanyak mungkin. Lagu-lagu yang mendapat undian tertinggi berpeluang ke ‘Top 5’ dan merebut trofi Anugerah Qu Puteh Diva.

Senarai pencalonan, video persembahan juara AJL dan maklumat lanjut juga boleh di dapati dengan melayari www.anugerahjuaralagu.com.

Siaran langsung acara berprestij AJL30 juga boleh dilihat secara global menerusi ‘live streaming’ di portal Tonton.

Berikut ialah 12 buah lagu yang bakal bertanding di AJL30.

LAGU PENYANYI KOMPOSER PENULIS LIRIK SENARAI GILIRAN
BIARKANLAH DRAMA BAND AEPUL ROZA, AMAR HABIR, DAUS SRK DAN FAEEZ HALIM AEPUL ROZA, AMAR HABIR, DAUS SRK DAN FAEEZ HALIM 8
KNOCK KNOCK ELIZABETH TAN FAIZAL TAHIR & MIKE CHAN FAIZAL TAHIR & MIKE CHAN 7
SAMPAI MATI HAZAMA OMAR K & AUDI MOK OMAR K 5
BUKAN HAL AKU KAKA AZRAFF & ALIFF THE GOOD FELLAS

 

THE GOOD FELLAS 4
HANYA NAMAMU CALIPH BUSKERS EDRY ABDUL HALIM

 

EDRY ABDUL HALIM 6
MALAM INI KITA PUNYA BUNKFACE SAM BUNKFACE

 

SAM BUNKFACE 1
POTRET AKIM & THE MAJISTRET HANG NADIM

 

KAMAR EMPAYAR 11
NOT FOR SALE STACY MIKE CHAN & OMAR K MIKE CHAN, OMAR K & ALTIMET 9
ANGIN KENCANG NOH SALLEH NOH SALLEH

 

NOH SALLEH 2
TAK PERNAH MENYERAH DAYANG NURFAIZAH AKID POJI SAMAD 12
ASSALAMUALAIKUM FAIZAL TAHIR FAIZAL TAHIR, MIKE CHAN, OMAR K, EZRA KONG, AUDI MOK FAIZAL TAHIR, MIKE CHAN, OMAR K, EZRA KONG, AUDI MOK  

3

MANA MUNGKIN BLACK AJAI AJAI 10

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini