Aaron Carter mengakui dirinya biseksual

0
184
FOTO / ETONLINE

PENYANYI Aaron Carter mengakui dirinya seorang biseksual menerusi status Twitternya baru-baru ini.

Saya membesar dalam industri hiburan dan sejak berusia 13 tahun, saya mulai sedar yang saya tertarik pada lelaki dan perempuan,” katanya.

Menerusi kemas kini Twitternya, adik kepada Nick Carter itu menjelaskan bahawa dia perlu memberitahu sesuatu kepada peminat dan perkara tersebut telah lama bersarang dalam dirinya sejak sekian lama.

Sehinggalah pada usia 17 tahun, selepas beberapa perhubungan dengan perempian, saya mula menjalinkan hubungan intim bersama seorang lelaki. Saya pernah bekerja dan membesar dengannya,” jelas Aaron tanpa menyebut nama lelaki berkenaan.

FOTO / MATT SAYLES

Tambah penyanyi I Want Candy itu, pengalaman dan tarikan terhadap lelaki sama sekali tidak mencetuskan rasa malu.

Nick mengakhir mesejnya di Twitter dengan memetik kata-kata daripada Boy George: “I’ve never felt as though I didn’t belong, I just acted as though I did.”

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini