SEJAK melibatkan diri dalam program realiti Akademi Fantasia musim keenam, Stacy sudah menampakkan potensi untuk kekal lama dalam industri. Album demi album, single demi single, anak jati kelahiran Sabah itu masih kukuh menapakkan jejaknya dalam bidak muzik tempatan.

Menerusi single terbaharunya, Not For Sale, Stacy yang bergandingan dengan rapper Altimet tampil lebih segar dan matang, bersesuaian dengan kematangan genre muziknya sehingga kini. Tidak keterlaluan jika kami katakan, klip video ini merupakan antara klip video terbaik yang pernah dihasilkan. Berikut merupakan tujuh sebab kenapa Pepatung sangat menggemari klip terbaharu daripada Stacy:

1) Hips don’t lie

Siapa lagi penyanyi wanita di Malaysia yang mampu melenggokkan pinggang seperti Stacy? Tak sia-sia belajar di Akademi Fantasia dulu. Oh, nampak Ucoppp tak?

2) Stacy tidak menggemari barangan berjenama

Stacy kata: “Aku tak mahu emas permata.” Tapi kami mahu Stacy!

3) Stacy yang classy

Mungkin kita tidak pernah melihat pesona Stacy yang glamor seperti ini. Percubaan yang baik membawakan watak seorang diva.

4) Menari dalam hujan

Macam lagu sebelumnya, Kasanova, menari dalam simbahan air.

5) Menari lagi!

Stacy sahaja yang tidak pernah kenal erti penat kalau menari.

6) Oh Altimet!

Altimet tampil kacak dan kemas. Seperti dalam liriknya: “Bon untuk aku”, merujuk kepada pereka fesyen tempatan, Bon Zainal.

7) My body is ready!

Stacy kini sudah mempunyai gif untuk hashtag #mybodyisready!

Saksikan video tersebut secara penuh di atas!

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini