Hiburan

6 aktor air mata Hollywood

By  | 

SESEORANG pelakon haruslah mempunyai versatiliti dalam mempersembahkan bakatnya, tidak kiralah beraksi di layar perak mahupun di layar kaca. Malah, sifat itu juga dituntut dalam apa juga produksi termasuklah pentas teater.

Mempunyai raut wajah yang kacak sahaja tidak menjamin seseorang pelakon itu mampu popular dan layak mendapat pengiktirafan kerana bakat sebenarnya memainkan peranan penting memacu karier seseorang artis.

Jika kita sering menyaksikan pelakon wanita mengalirkan air mata, apa salahnya sesekali menonton pelakon lelaki pula bermain karakter emosi dan menangis. Berikut disenaraikan enam pelakon lelaki serba boleh yang pernah mengalirkan air mata dalam karya lakonan mereka:

Leonardo DiCaprio

Si kacak ini bukan hanya sensasi di layar perak malah kredibiliti bakatnya terserlah dalam beberapa buah filem seperti Shutter Island, Titanic dan The Basketball Diaries.

image91

Hugh Jackman

Sebut sahaja nama Hugh Jackman pasti akan mengaitkannya dengan watak ganas misalnya Wolverine. Namun, anda harus tahu bahawa dia juga mahir mengalirkan air mata sepertimana wataknya dalam filem The Prestige, Les Miserables dan Prisoners.

Hugh-Jackman-crying-in-THE-FOUNTAIN

Robert Downey Jr.

Si Iron Man yang sering mencairkan hati wanita! Robert Downey Jr. antara pelakon lelaki terkenal Hollywood yang tidak mudah menyerah apabila diberikan karakter beremosi. Contoh paling tepat menerusi filem lakonannya The Soloist, Tropic Thunder dan The Singing Detective.

downey-crying

Tom Cruise

Filem-filem aksi seperti Mission Impossible sudah menjadi makanannya dan yang pasti dia juga pernah terbabit dalam naskhah yang menuntutnya untuk menangis. Jerry Maguire, Magnolia dan Cocktails antara bukti paling tepat.

crying-cruise-2

Brad Pitt

Suami kepada aktres Angelina Jolie ini pernah mengalirkan air mata menerusi wataknya dalam filem Legends of the Fall, Se7en, dan Babel.

brad-pitt_se7en-02

Tom Hanks

Tidak mustahillah beliau pernah beberapa kali memenangi Anugerah Oscar. Berkesan melakonkan pelbagai watak yang diberikan kepadanya, filem-filem seperti Forrest Gump, Captain Phillips dan Saving Private Ryan menjadi saksi kepada air mata beliau.

We can only assume this is the face Tom Hanks makes when watching one of his own movies.

Comments

comments

Selepas lima tahun bersama akhbar berbahasa Melayu tempatan, penulis memanjangkan langkah dalam bidang rekaan fesyen bersama label peribadi. Kecintaan terhadap dunia penulisan dilanjutkan bersama Pepatung berbekalkan pengalaman skop hiburan, pelancongan dan biografi.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *