6 adiwira fiksyen yang beragama Islam

0
486
FOTO / MARVELHEROES.COM

APABILA bercakap mengenai watak adiwira, sudah pasti dua nama penerbitan komik tersohor, Marvel dan DC muncul dalam kotak fikiran. Kedua-dua nama besar ini merupakan penguasa kepada carta filem pecah panggung seluruh dunia, sehingga mencetuskan fenomena tersendiri dalam kalangan penonton.

Karakter popular seperti Iron Man, Captain America, Black Widow dan Thor seringkali menjadi bahan bualan pemuja filem aksi mahupun khalayak umum.

Namun, masih banyak sebenarnya watak pahlawan unggul yang telah dicipta oleh Marvel dan DC.

Akhir-akhir ini perusahaan pembuat komik dilihat mempelbagaikan latar belakang untuk watak adiwiranya. Bermula dengan karakter berkulit hitam dan berdarah Asia, mereka kini lebih terbuka untuk menghasilkan watak adiwira yang beragama Islam.

Berikut Pepatung menyenaraikan 6 karakter adiwira komik yang beragama Islam.

1. Sooraya Qadir atau Dust (X-Men)

Kelahiran Afganistan, Sooraya merupakan seorang Mutan beragama Islam yang mampu mengubah fizik tubuhnya menjadi pasir. Dia pernah menggunakan kuasa tersebut apabila ada individu yang cuba menanggalkan niqab yang dipakainya. Sooraya juga dilihat pernah berdoa kepada Allah sebelum sebarang misi bersama rakan-rakannya.

2. Josiah Al Hajj Saddiq atau Josiah X

Josiah merupakan anak kepada Captain Amerika berkulit hitam, Isaiah Bradley dan juga bapa saudara kepada Elijah Bradly atau lebih dikenali sebagao Patriot. Menerusi karakternya, Josiah yang memeluk agama Islam walaupun membesar di rumah anak-anak yatim Katolik dikatakan pernah menganjurkan Muslim Mission dan mengerjakan fardu haji. Dalam pada itu, dia juga dilantik sebagai menteri dan mendirikan masjid di Brooklyn.

3. Doktor Faiza Hussain

Pertama kali muncul menerusi komik Captain Britain and MI: 13, Faiza Hussain digambarkan sebagai seorang doktor wanita berketurunan Pakistan yang tinggal di Essex, London, England. Bergelar doktor, Faiza juga berkebolehan untuk mengawal organisma hidup ke tahap yang sukar dijangkau akal.

4. Kamala Khan atau Ms. Marvel

Kamala Khan merupakan seorang gadis berketurunan Pakistan. Dia mendapatkan kekuatannya sewaktu pulang daripada pesta ketika diselebungi kabus yang mengandungi zat mutan. Sejak itu, dia mendapati dirinya mempunyai kekuatan luar biasa seperti bertukar rupa dan keupayaan penyembuhan yang cepat. Kamala merupakan karakter adiwira perempuan beragama Islam pertama yang mempunyai komik solo.

5. Monica Chang


Monica Chang memegang watak Black Widow dalam Ultimate Marvel Universe. Sebagai Black Widow, dia diberikan tugas untuk menangkap semula Captain America dan menghapuskan Red Skull. Biarpun secara fizikalnya Monica tidak kelihatan seperti seorang muslim, namun, menerusi Avengers A.I, Monica diperkenalkan sebagai seorang yang menganut agama Islam.

6. Simon Baz atau Green Lantern


Mempunyai darah Lebanon-Amerika, Simon Baz merupakan adiwira muslim pertama yang menyertai Green Lantern Corps. Latar belakang Simon diispirasikan daripada penciptanya, Geoff Johns yang berketurunan Lebanon.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini