5 selebriti Indonesia murtad demi perkara-perkara ini

0
1059
FOTO / BEAUTIFULS BLOG

DI Indonesia, bertukar agama bukan satu hal yang pelik. Malah, bagi golongan selebriti juga, berpindah kepercayaan dianggap satu perkara yang normal, lebih-lebih lagi jika mereka mahu mendirikan rumah tangga dengan pasangan yang berbeza anutan.

Berikut merupakan lima selebriti Indonesia yang asalnya beragama Islam tetapi mengambil keputusan untuk berpindah agama:

1. Asmirandah

FOTO / WOLESBRO

Sejak mendirikan rumah tangga bersama Jonas Rivano, Asmirandah memutuskan untuk memeluk agama Kristian, iaitu agama anutan suaminya. Bintang filem Dalam Mihrab Cinta itu bagaimanapun menafikan bahawa perpindahan agamanya adalah disebabkan oleh pujukan sang suami.

2. Lukman Sardi

FOTO / BINTANG

Aktor yang pernah membawakan watak KH. Ahmad Dahlan menerusi filem Sang Pencerah ini mengumumkan perpindahan agamanya dari Islam ke Kristian pada 2009 dengan memuat naik video mengesahkan perkara tersebut di Youtube. Biarpun hanya memberikan alasan bahawa dia bertukar agama tanpa paksaan sesiapa, namun, ramai beranggapan Lukman memeluk Kristian selepas bernikah dengan isterinya, Pricillia Pullunggono.

3. Nania Idol

FOTO / BINTANG

Bekas peserta Indonesian Idol 2004 ini mengesahkan telah memeluk agama Kristian pada sekitar setahun lalu. Menurut Naina, dia memeluk agama Kristian selepas mendapat hidayah apabila melakukan solat tahajjud.

4. Pinkan Mambo

FOTO / AURA

Bekas penyanyi kumpulan Ratu ini mengambil keputusan untuk meninggalkan agama Islam selepas bercerai dengan suaminya, Sandy. Bagaimanapun, alasan lain yang menyebabkan Pinkan beralih anutan adalah disebabkan kekasih baharunya yang beragama Nasrani.

5. Happy Salma

FOTO / BINTANG

Aktres ini dikhabarkan berpindah agama dari Islam ke Hindu sebelum melangsungkan majlis perkahwinan pada 3 Oktober 2010. Menurut Salma, dia mengubah anutan disebabkan mahu mengikut ajaran agama suaminya.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini