Hiburan

5 sebab Nyle DiMarco layak menjadi juara ANTM22

By  | 

America’s Next Top Model cycle 22 sudah pun melabuhkan tirainya menerusi episod terakhir pada malam tadi. Episod itu juga merupakan noktah kepada perjalanan produksi yang diterajui oleh supermodel terkenal dunia, Tyra Banks.

Selepas Keith Carlos dinobatkan sebagai juara lelaki pertama ANTM, musim ini sekali lagi menyaksikan model lelaki iaitu Nyle DiMarco, 26, berjaya menumpaskan peserta wanita bagi merebut hadiah utama yang ditawarkan.

nyle07

Nyle telah menewaskan Mame Adjei pada pusingan akhir selepas menumbangkan Lacey Rogers dan Mikey Heverly pada pusingan sama.

Tahniah diucapkan kepada Nyle dan Pepatung menyenaraikan 5 sebab mengapa Nyle layak menjadi juara ANTM22:

1 – Nyle unik

Istimewanya Nyle kerana dia merupakan model lelaki yang mempunyai masalah cacat pendengaran pertama menyertai ANTM sekali gus menjadi juara rancangan realiti tersebut. Ada yang menyifatkan kekurangan itu sebagai serampang dua mata produksi untuk meraih simpati penonton tapi hakikatnya Nyle membuktikan kemampuannya sebagai model yang versatil dan layak menang!

55b6455a52e47_image

2 – Berbakat dalam bidang lakonan

Sebelum menyertai ANTM22, Nyle pernah muncul dalam rancangan bersiri Switched At Birth pada tahun 2014 mendukung peranan Garret. Malah, Nyle juga telah mengesahkan pembabitannya kali kedua bersama produksi sama untuk tahun ini tidak lama lagi. Ingat tak pembentangan terakhir Nyle sebelum ke pentas runway dalam episod ke-16 ANTM22? Kemenangannya merupakan satu janji untuk dia mengambil kelas lakonan selepas ini! Jadi, tunggu…

bay-and-garrett

3 – Pakej lengkap sebagai model

Mata birunya merupakan senjata utama Nyle untuk menumpaskan semua peserta ANTM22. Hal itu diakui sendiri oleh Yu Tsai (pengarah kreatif) dalam beberapa episod danJ Alexander (jurulatih peragaan) pada episod terakhir. Pakej itu datang seiring dengan sosok tubuh yang tegap dan ketinggian 188 cm, raut wajah maskulin, senyuman super menawan dan personaliti yang menarik. Kalau nak tahu, Nyle ada seorang adik kembar lelaki namun wajah mereka langsung tidak seiras.

2fBKWpV

4 – Berilmu dan berwawasan

Bunyinya begitu ilmiah namun itulah hakikatnya. Nyle merupakan generasi keempat dalam keluarganya yang cacat pendengaran namun itu tidak menghalangnya untuk menuntut ilmu. Selepas tamat persekolahan di Maryland School for the Deaf, Nyle berjaya bergraduasi dari Universiti Gallaudet (satu-satunya universiti untuk golongan pekak di dunia) dalam bidang matematik. Nyle juga menyimpan impian untuk mencipta kaedah komunikasi antara golongan cacat pendengaran dan individu normal selain meneruskan kempen kesedaran Deaf Can Do.

tumblr_nxmksfib7S1r3iw7zo1_1280

5 – Nyle kaki travel dan anak mak

Nyle bijak menggunakan setiap ruang masanya. Sepanjang usianya kini Nyle sudah mengembara ke lebih 30 buah negara seluruh dunia selain memiliki hobi bermain bola keranjang dan bola tampar. Jika anda terlepas episod ke-14, anda rugi! Itu merupakan episod yang paling menyentuh hati apabila Tyra memanggil ibu keempat-empat peserta akhir untuk menjayakan sesi fotografi khas. Dalam episod itu juga anda akan dapat melihat Nyle dan Mikey menitiskan air mata!

tumblr_nxt9j0dYHt1ue5nbgo1_500

Pepatung turut menyenaraikan beberapa sesi fotografi terbaik Nyle sepanjang ANTM22:

tumblr_nxx997SyEv1ue5nbgo2_r1_540

Cabaran muka depan majalah Nylon. Mesej yang jelas dan karakter segar Nyle melayakkan dia memenangi cabaran tersebut.

635838491830536429-1300055889_fierce

Episod ke-12 The Guy Who Close The Deal! Sesuai dengan lokasi penggambaran di Las Vegas, konsep yang ditampilkan Tyra kali ini unik dan menyeronokkan.

635838456074083625-283606435_BOOM

Episod ke-8. Mungkin ada antara kita pernah melihat kempen fesyen jenama terkenal dunia mengaplikasikan konsep seakan sama sebelum ini namun sesi fotografi itu menarik dan paling diingati.

nyle

Episod ke-6. Beraksi di hadapan kamera dalam konsep kerasukan bukanlah kali pertama dalam sejarah ANTM namun Nyle berjaya mengungguli cabaran tersebut.

Comments

comments

Selepas lima tahun bersama akhbar berbahasa Melayu tempatan, penulis memanjangkan langkah dalam bidang rekaan fesyen bersama label peribadi. Kecintaan terhadap dunia penulisan dilanjutkan bersama Pepatung berbekalkan pengalaman skop hiburan, pelancongan dan biografi.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *