Hiburan

5 sebab kenapa Pepatung suka lagu Siapa Diriku oleh Ayda Jebat

By  | 

CATCHY serba-serbi. Itulah tanggapan pertama kami apabila mendengar lagu nyanyian Ayda Jebat, Siapa Diriku. Mungkin ada yang tidak tahu, Ayda sebenarnya dikenali sebagai penyanyi terlebih dahulu sebelum membina empayar dalam bidang lakonan. Ironi, percubaan pertamanya sebagai penyanyi ternoktah di tengah jalan tatkala dia digugurkan daripada Akademi Fantasia musim kesembilan atas masalah prestasi.

Namun, perkara tersebut bukanlah alasan buat Ayda untuk terus mengetuk pintu dan mencuba nasib dalam industri muzik. Buktinya, lagu Siapa Diriku, yang juga dijadikan lagu runut bunyi drama bersiri M.A.I.D, mendapat perhatian penggemarnya. Bahkan, Pepatung sendiri suka mendengar lagu rancak ini berulang kali. Nak tahu kenapa?

1) Ini merupakan lagu debut Ayda Jebat selepas sekian lama dia berkecimpung dalam industri muzik dan lakonan.

2) Sedap dan lirik yang comel. Siapa sahaja pasti bersetuju dengan alunan muzik yang dikatakan sangat mesra pendengar.

3) Lagu Siapa Diriku dicipta oleh Omar K. Siapa yang tidak kenal dengan Omar K? Lagu-lagu lain ciptaannya seperti Not For Sale (Stacy & Altimet), Sampai Mati (Hazama), Syurga (Alyah) turut digemari penggemar muzik tempatan.

4) 1.4 juta tonton klip video Siapa Diriku. Hanya dalam masa sebulan selepas ia diterbitkan di Youtube. Dahsyat ya penangan Ayda.

5) Ayda telah membuktikan bahawa dia mampu untuk berlakon, dan dalam masa yang sama menyanyi secara langsung. Original, tidak menggunakan suara mesin. Nak bukti? Tonton versi akustik Siapa Diriku:

Comments

comments

Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *