Hiburan

5 sebab ANTM wajar ditamatkan

By  | 

AMERICA’S NEXT TOP MODEL (ANTM) sudah memasuki edisi ke 22 sejak pertama kali ditayangkan di Amerika Syarikat pada tahun 2003. Pelbagai inisiatif disuntik ke dalam format rancangan yang dikendalikan oleh supermodel popular Tyra Banks termasuk membuka penyertaan kepada peserta lelaki, gadis-gadis yang kurang piawaian menjadi model, golongan kurang upaya dan sebagainya.

Namun, belum pun ANTM musim ke-22 menutup tirai siaran pada tahun ini, Tyra sendiri menerusi akaun sosial Twitternya memaklumkan bahawa musim ini merupakan musim terakhir rancangan itu di keudarakan. Sekali gus menamatkan rancangan realiti bersiri popular Amerika Syarikat itu secara tidak langsung.

040

 

Bagaimanapun, kenyataan Tyra itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada penggemar, pengikut setia mahupun pengkritik tetap. Kebanyakannya memberikan respons yang negatif terhadap hasrat Tyra untuk mengakhiri ANTM dan memohon agar selebriti itu menyambung semula rancangan tersebut.

Menurut kajian ringkas yang dilaksanakan oleh sebuah media tempatan di Amerika Syarikat, sepanjang 12 tahun bersiaran, kebanyakan drama dan keputusan kelihatan semakin dibuat-buat demi menjaga hati Tyra. Malah, pada tahun 2014, ANTM cycle 21 mendapat rating paling buruk dalam sejarah penerbitan rancangan itu dan telah dikategorikan sebagai 5 rancangan berbahasa Inggeris paling teruk oleh analisis Zap2It (berdasarkan rating Nielsen).

ANTM_Cycle_22_Cast

Di sebalik pelbagai reaksi peminat selepas pengumuman Tyra baru-baru ini, Pepatung menyenaraikan lima sebab rancangan America’s Next Top Model sudah sepatutnya dihentikan dan bersetuju dengan pilihan Tyra.

  • Tyra kontang idea
  • Musim demi musim Tyra mengundang individu yang tidak bersesuaian dengan rancangan tersebut yang sepatutnya perlu membabitkan individu di belakang karier seseorang model seperti pereka fesyen, jurufoto dan peserta terdahulu sahaja . Terbaharu, pada musim ke-22, Tyra telah menjemput Property Brothers untuk mereka set kediaman kepada peserta. Hakikatnya, ia tidak berjaya menyatukan dunia peragaan dan hartanah dalam satu set dunia baharu mereka.
Americas-Next-Top-Model-2015-Spoilers-Week-2-Results-500x332

Ramai yang mempertikaikan pembabitan Property Brothers dalam ANTM musim kali ini.

 

  • Semakin kurang realistik
  • Dalam proses pencarian bakat, Tyra pernah sekali mengadakan kempen ‘not too tall, not too short’ untuk mencari individu unik yang berpotensi untuk diketengahkan ke dunia peragaan namun mempunyai seperti orang kebanyakan. Ia merupakan sentimen yang bagus namun menurut piawaian dunia peragaan, seseorang model perlulah mempunyai ketinggian antara 5 kaki 6 inci hingga 5 kaki 10 inci untuk kekal survival.
AntmCycle13Groupshot5

Pada musim ke-13, Tyra mencari model dalam kalangan gadis yang rendah.

 

  • Perangai peserta menjengkelkan
  • Ya, tidak lengkap rancangan realiti tanpa sebarang drama yang sengaja dibuat-buat. Setiap musim pasti ada pelbagai isu atau drama seperti pergeseran pendapat, perselisihan faham dan komplot yang membabitkan peserta. Namun, episod menjengkelkan peserta semakin menjadi-jadi sejak Tyra menggandingkan peserta lelaki dan wanita dalam satu kediaman. Misalnya pertelingkahan Adam dan Romeo (ANTM cycle 21) dan yang terkini bekas ratu cantik yang bertentangan ideologi tentang dunia peragaan, Hadassah.
antm-week5_the-fight

Situasi tegang antara peserta Adam (kiri) dan Romeo telah menyebabkan salah seorang daripada mereka disingkirkan.

maxresdefault

Sering menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya dalam kalangan peserta apabila bertengkar mencemarkan kualiti rancangan ini.

 

  • Tyra tidak profesional
  • ANTM dilihat semakin merudum prestasi daripada kualiti dan variasi setiap episod. Kini, Erik Asla menjadi jurufoto rasmi dalam perjalanan ANTM musim 22. Di sebalik kerjaya Erik Asla sebagai jurufoto, beliau juga merupakan buah hati kepada Tyra sendiri.
  • Selain itu, pada musim ini, Tyra hanya membawa peserta ke Las Vegas sahaja sebagai destinasi asing kepada peserta, yang mana perjalanannya cuma mengambil masa empat jam sahaja dari lokasi penggambaran di Los Angeles.
tyra2

Erik Asla (kiri) kini berpacaran dengan Tyra Banks.

 

  • Tyra syok sendiri
  • Tyra pernah menggunakan model-modelnya untuk produk peribadi mahupun barangan yang merepek-repek. Masih ingat novel yang dikarangnya sendiri berjudul Modelland? Keseluruhan episod pada musim ke-18 didedikasikan untuk mempromosikan buku tersebut sebenarnya.
<> the Get Schooled Foundation & Tyra Banks as they surprise 400 Students in the Bronx on October 19, 2011 in New York City.

Modelland merupakan novel yang pernah dikarang Tyra.

 

Comments

comments

Selepas lima tahun bersama akhbar berbahasa Melayu tempatan, penulis memanjangkan langkah dalam bidang rekaan fesyen bersama label peribadi. Kecintaan terhadap dunia penulisan dilanjutkan bersama Pepatung berbekalkan pengalaman skop hiburan, pelancongan dan biografi.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *