Hiburan

5 lagu popular yang anda tidak tahu dicipta oleh Sia

By  | 

PENYANYI dan penulis lagu kelahiran Australia, Sia, mungkin sudah sedia terkenal menerusi lagu berhantunya, Chandelier. Begitupun, mungkin ramai antara anda yang tidak menyedari bahawa penghibur eksentrik ini pernah menumpahkan kreativitnya terhadap lagu-lagu nyanyian penyanyi lain.

Justeru, Pepatung mengimbas kembali lima buah lagu popular, yang anda mungkin tidak sedar dicipta oleh Sia:

1) Diamonds nyanyian Rihanna (2012)
Menerusi laporan New York Times, Sia memberitahu, dia menulis lagu Diamons hanya dalam masa 14 minit dan melahirkan rasa terkejut apabila Rihanna merakamkannya mengikut lenggok nyanyian serta ekspresi suaranya. Dengarkan versi Sia menerusi pautan ini.

2) Perfume nyanyian Britney Spears (2013)
Britney berkata, dia berasa sungguh tertarik dengan imej Sia secara peribadi dan menganggap lagu Perfume kedengaran sedikit gelap tetapi tidak sampai menakutkan. Dengarkan versi Sia menerusi pautan ini.

3) You Lost Me nyanyian Christina Aguilera (2010)
Merupakan single kedua daripada album Bionic, Christina, seperti selalu, menyanyikan lagu ini dengan baik. Bagaimanapun, album keempat penyanyi bersuara besar itu gagal mendapat tempat di hati pendengar. Dengarkan versi Sia menerusi pautan ini.

4) Pretty Hurts nyanyian Beyoncé (2013)
Cerita di sebalik lagu ini sungguh menarik! Menurut New York Times, Sia mengirimkan lagu ini menerusi e-mel kepada rakannya, penyanyi Katy Perry. Malangnya, Katy tidak perasan menerima kiriman e-mel tersebut. Jadi, Sia memberi lagu tersebut kepada pihak pengurusan Rihanna. Namun, mereka tidak membayar sejumlah wang untuk ‘menempah’ lagu tersebut. “Apabila Beyoncé mendengarnya, dia terus bersetuju untuk merakamkan lagu itu,” kata Sia. Dengarkan versi Sia menerusi pautan ini.

5) Let Me Love You (Until You Learn to Love Yourself) nyanyian Ne-Yo (2012)
Akui Ne-Yo, dia merupakan peminat Sia dan berasa sungguh teruja kerana dapat bekerja dengannya menerusi lagu itu. Dengarkan versi Sia menerusi pautan ini.

Menerusi lagu-lagu di atas, ia jelas menunjukkan bahawa Sia bukan sahaja kreatif, tetapi mampu menulis lagu-lagu hits berkualiti dengan baik.

Comments

comments

Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *