5 lagu Bollywood sempena Diwali

0
48

Tidak lengkap sambutan Diwali tanpa alunan muzik dan irama merdu daripada penyanyi Bollywood. Sama seperti kita menyaksikan filem terbitan Bollywood yang disulami dengan nyanyian dan tarian, begitu juga keraian Diwali.

Terdapat beberapa buah lagu yang sangat bertepatan dengan tema perayaan Diwali yang pernah diselitkan dalam beberapa buah filem Bollywood.

Berikut disenaraikan lima buah lagu daripada filem Hindi sempena sambutan Diwali tahun ini:

Kabhi Khushi Kabhie Gham

Siapa yang tidak pernah menonton filem ini memang rugi! Selain barisan pelakon mantap, filem ini ditunjangi oleh untaian lagu yang sangat sedap didengar. Kabhi Kushi Kabhi Gham yang dinyanyikan oleh Lata Mangeshkar ini paling tepat untuk menggambarkan keseluruhan sambutan Diwali.

 

Ayee Hai Diwali

Lagu yang dipetik daripada filem Aamdani Atthanni Kharcha Rupaiya (2001) ini merupakan nyanyian Alka Yagnik, Udit Narayan, Kumar Sanu Shaan, Ketki Dave dan Sneha Pant. Lagu tersebut menampilkan pelakon Govinda Chandrachur Singh, Johnny Lever, Juhi Chawla dan Tabu.

 

Happy Diwali

Trak yang dipetik daripada filem Home Delivery (2005) yang menampilkan pelakon Vivek Oberoi dan Ayesha Takia itu merupakan sebuah lagu upbeat yang memaparkan sekumpulan kanak-kanak menyanyi dengan girangnya. Atmosfera Diwali disuntik pula dengan cahaya lilin dan lampu yang bergemerlapan. Lagu tersebut dinyanyikan oleh Sunidhi Chauhan, Vaishali, Surthi, Divya dan Suraj.

 

 

Deep Diwale Ke

Lagu Diwali yang dipetik daripada filem Jugnu (1973) ini dinyanyikan secara langsung oleh Kishore Kumar yang turut berlakon ketika itu. Hebat bukan! Lagu tersebut dimeriahkan dengan persembahan bunga api dan tarian lincah oleh sekumpulan kanak-kanak.

 

Male Hain Chiragon Ke

Seklasik namanya begitu juga filemnya. Dipetik daripada filem Nazrana (1961) dan dinyanyikan oleh Lata Mangeshkar, klip video itu dibarisi oleh Raj Kapoor dan Vyjayanthimala yang menyanyi sambil menari. Walaupun ia sebuah filem hitam putih, cahaya lampu dan limpahan bunga api cukup jelas menggambarkan kemeriahan sambutan Diwali.

 

KONGSI
Artikel sebelumnyaKeputusan penuh Anugerah Skrin 2015
Artikel seterusnya10 kostum Parti Halloween terbaik Heidi Klum

Selepas lima tahun bersama akhbar berbahasa Melayu tempatan, penulis memanjangkan langkah dalam bidang rekaan fesyen bersama label peribadi. Kecintaan terhadap dunia penulisan dilanjutkan bersama Pepatung berbekalkan pengalaman skop hiburan, pelancongan dan biografi.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini