Hiburan

5 detik ikonik DDLJ

By  | 

DUA dekad lalu, seorang dilwala bernama Raj telah berjaya memikat hati seorang gadis bernama Simran di Switzerland dan ladang rempah di Punjabi hingga gadis itu menjadi dulhania Raj. Selepas pertama kali ditayangkan pada 20 Oktober 1995, filem yang dibintangi oleh Shah Rukh Khan dan Kajol itu masih menjadi definisi kisah cinta peminat Bollywood.

DDLJ

Dilwale Dulhania Le Jayenge (DDLJ) meninggalkan pelbagai detik suka dan duka dan sempena meraikan sambutan ke 20 tahun filem itu, berikut disenaraikan lima detik ikonik.

 

  • Drama kejar kereta api
  • Eurostar! Popular ketika itu. Detik Simran mengejar kereta api dan disambut oleh Raj merupakan permulaan kepada kisah cinta luar biasa ini. Barangkali ramai yang ingin bertemu jodoh sepertimana pasangan Raj dan Simran ini. Hakikatnya, babak ini antara yang paling banyak dijadikan spoof dan dilakonkan semula dalam beberapa buah filem yang baru diterbitkan di Bollywood. Malah, Shah Rukh Khan sendiri pernah menjadikan babak ini spoof dalam sepotong babak dalam filem Chennai Express.

 

  • Picit bunga keluar air
  • Minta maaf gaya lelaki sejati dan hadiahkan si gadis sekuntum bunga merah. Hati siapa tidak cair? Jaga-jaga, mungkin ada muslihat lain seperti yang Raj kenakan pada Simran. Nakal betul!

DDLJ (52)

 

  • Cengkerama ladang rempah Punjabi
  • Bayangkan anda terpisah beribu batu dengan kekasih tersayang dan kembali bertemu akhirnya di kelilingi ladang berwarna warni, disambut kicau burung dan tiba-tiba muncul muzik latar penuh romantis. Ya, itulah terjadi dalam babak sahutan cinta antara Raj dan Simran di tengah-tengah ladang rempah di sebuah daerah di Punjabi. Raj memetik gitar sambil mengalunkan bait-bait lirik Tujhe Dekha Toh Ye Jaana Sanam… Stail habis!

Wallpaper-dilwale-dulhania-le-jayenge-32189781-1280-720

 

  • SRK kena tampar
  • Inilah dia kemuncak segalanya! Sepanjang perjalanan filem ini, penonton dijamu dengan sikap bengis dan tegas bapa kepada Simran iaitu Chaudhry Baldev Singh (Amrish Puri). Jadi, bayangkan apabila si singa ini mendapat tahu lelaki yang kononnya berjaya melembutkan hatinya itu sebenarnya punyai niat lain untuk memiliki anak gadisnya. Berderau darah dengar jeritan bergema di perkarangan rumah. 

 

  • Kejar kereta api lagi
  • Kalau mulanya dengan kereta api, pasti penutupnya juga dengan kereta api. Penamat DDLJ ditutup kemas dengan menampilkan Indian Railways yang hampir memutuskan ikatan cinta Raj dan Simran selama-lamanya hingga disedari oleh bapanya bahawa tiada lelaki lain dapat mencintai Simran sehebat Raj. “Ja Simran, jeele apni zindagi,” tutur kata Chaudhry disusuli dengan derapan langkah Simran mengejar kereta api dan cinta hatinya.

B_Id_356326_Dilwale_Dulhaniya_Le_Jayenge

 

Comments

comments

Selepas lima tahun bersama akhbar berbahasa Melayu tempatan, penulis memanjangkan langkah dalam bidang rekaan fesyen bersama label peribadi. Kecintaan terhadap dunia penulisan dilanjutkan bersama Pepatung berbekalkan pengalaman skop hiburan, pelancongan dan biografi.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *