34 fakta Britney Spears anda tidak tahu

0
369

tumblr_mx76pnxb4n1qhexm9o1_500

IT’S Britney B****! Frasa ikonik yang terus melekat sejak ia mula digunakan Puteri Pop dunia, Britney Spears dalam single pertama daripada album Blackout (2007), Gimme More.

Sepanjang kariernya selama lebih 15 tahun, seisi dunia menyaksikan jatuh bangun bintang berjiwa besar ini.¬†Kini, Britney sedang menikmati kehidupan ‘santainya’ bersama siri persembahan residensi Piece of Me di Las Vegas selama dua tahun dan dilanjutkan untuk tempoh dua tahun lagi.

Hari ini (2 Disember 2015), Britney meraikan hari lahirnya yang ke-34! Ya, 34 tahun tetapi masih mampu menakluk arena muzik pop tanpa memerlukan promosi besar-besaran seperti penyanyi baharu. Sempena hari istimewa ini, Pepatung menyenaraikan 34 fakta tentang Britney yang mungkin tidak diketahui ramai.

1) Konsep muzik video single pertamanya, Baby One More Time yang menampilkan Britney yang ketika itu berumur 16 tahun beruniform sekolah Katolik dengan bajunya diikat sehingga menampakkan pusat dan bertocang dua adalah idea Britney sepenuhnya.

Pengarah muzik video tersebut, Nigel Dick pada asalnya menginginkan konsep animasi/kartun dengan menampilkan Britney dalam kostum adiwira seperti Power Rangers menentang makhluk asing. Mujur Britney bertegas dengan pendiriannya, jika tidak pasti muzik video lagu ini tidak menjadi seikonik sekarang.

opu3vk

2) Britney pernah membuka sebuah restoran di New York yang dinamakan Nyla pada tahun 2002. Ia ditutup dalam tempoh singkat kerana tidak laku.

3) Sebelum menjadi artis solo, Britney pernah menyertai sebuah band perempuan, Innosense.

Britney-Spears-Innosense

4) Haruman vanila (lilin), bubblegum tembikai, Strawberi Frappuccino/Green Tea Frappuccino Starbucks dan Cheetos adalah identiti Britney yang sukar dipisahkan.

giphy (1)

5) Rangkaian minyak wangi Britney membentuk 34 peratus daripada jualan keseluruhan haruman selebriti.

6) Mempunyai tabiat buruk iaitu suka menggigit kuku. Perangai ini dapat dilihat dengan jelas dalam Dokumentari For The Record yang disiarkan MTV pada tahun 2008.

giphy

7) Hanya mempunyai satu anugerah Grammy yang dimenanginya menerusi lagu Toxic bagi kategori Best Dance Recording pada tahun 2005.

8) Penyanyi pertama menduduki tangga teratas dalam senarai Selebriti Paling Berpengaruh majalah Forbes pada tahun 2002.

9) Perkataan dan ayat klisenya adalah ‘Cool‘, ‘Artsy fartsy‘, ‘You need to wait and see‘ dan ‘It’s a term of endearment‘.

10) Ungkapan ikonik Britney:“These jeans are actually very, very cool because they’re faded”¬†dan “Everyone has been doing emails!”

anigif_enhanced-10178-1413257152-8

11) Pemegang rekod jualan album wanita tertinggi dalam tempoh seminggu menerusi Oops! … I Did It Again yang terjual sebanyak 1.319 juta unit! (Maaf Taylor Swift).*Kemas kini: Rekod ini dipecahkan oleh Adele minggu lalu menerusi album 25 yang terjual sebanyak 3.38 juta dalam tempoh seminggu. Britney memegang rekod ini selama 15 tahun.

enhanced-7307-1415268451-18

12) Album pertamanya, Baby One More Time (1999) sahaja terjual lebih 30 juta unit di seluruh dunia setakat ini dan kekal sebagai jualan album terbaik sepanjang masa untuk artis remaja.

13) Britney merupakan penyanyi termuda dalam sejarah dengan 5 album debut di tangga pertama carta Billboard ketika mengeluarkan album Circus (2008). Album Femme Fatale (2011) kemudiannya menjadi album keenam Britney mengungguli tangga teratas. Blackout (2007) hanya berjaya debut di tangga kedua (selepas Billboard melakukan perubahan peraturan dengan mengejut) manakala Britney Jean (2013) menghuni tangga ketiga.

14) Menjadi juri rancangan realiti TV dengan bayaran termahal sebanyak AS$15 juta ketika mengendalikan X-Factor USA musim kedua (2012).

anigif_longform-original-21660-1415267693-16

15) Gambar Britney berkepala botak selepas mencukur kepalanya pada tahun 2007 merupakan gambar paparazi termahal pernah direkodkan dengan sekeping gambar dijual pada harga AS$500,000! 20 peratus daripada keuntungan kumpulan paparazi sekitar tahun 2007 dan 2008 juga disumbangkan oleh foto-foto Britney!

16) Ketika melancong dan check-in di hotel, Britney adakalanya menggunakan samaran seperti Alotta Warmheart, Mrs. Diana Prince, Queen of the Fairy Dance atau Mrs. Abra Cadabra.

17) Single pertamanya, Baby One More Time pada asalnya diberikan kepada band TLC yang menolak lagu tersebut manakala Britney menolak lagu Umbrella yang ditawarkan kepadanya sebelum diberikan kepada Rihanna.

18) Most searched person sejak internet tercipta!

19) Muzik video Gimme Moresebenarnya dirakamkan mengikut konsep berbeza yang dikenali sebagai ‘Funeral Version‘ dan dibiayai sendiri Britney.

tumblr_lojudwL7QM1qa9vqgo1_500

20) Single Mona Lisadiputarkan untuk pertama kali dan terakhir di radio KISS FM pada tahun 2004. Ia diserahkan Britney sendiri tanpa kebenaransyarikat rakamannya – Jive. Lagu itu dikhabarkan adalah single pertama bagi album baharunya, Original Doll yang akhirnya terkubur begitu sahaja. Rebellion juga antara lagu dalam album tidak diterbitkan ini yang menerima sambutan luar biasa dalam kalangan peminat setianya.

21) Mempunyai kumpulan peminat paling hebat dan mereka digelar Britney Army!

22) Justin Timberlake ialah Britney first kissed dan sehingga kini ramai masih berharap agar mereka kembali bersatu – In Justney We Trust!

Justin-Timberlake-Britney-Spears

23) Peminat-peminatnya gemar menyambungkan ‘ney‘ dalam banyak perkataan seperti ‘lazyney‘ ketika merujuk kepada persembahan malasnya, ‘awkwardney‘ ketika dia tampil canggung dalam temu bual, ‘2001-ney‘ merujuk kepada kesamaan Britney masa kini dengan era gemilangnya pada tahun 2001, ‘neideney‘ tidak perlu diperjelaskan, biar gambar berbicara!

tumblr_inline_n0ywlrm8JU1r0lpji

24)Walaupun sering lip sync dalam setiap persembahannya, Britney sebenarnya memiliki kebolehan vokal soprano dan mampu menyampaikan low register dengan baik (berbanding penyanyi yang suka menjerit-jerit).

25) Ketika merakamkan muzik video Oops! … I Did It Again, salah satu kamera telah terjatuh di atas kepala Britney sehingga dia menerima empat jahitan. Tidak lama kemudian, Britney kembali ke set penggambaran dengan profesional.

26) Uniform sekolah Katolik, jumpsuit merah, diamond nude suit, pakaian berwarna kulit di MTV VMA 2000, menari bersama harimau dan ular pada MTV VMA 2001 dan mengucup bibir Madonna pada MTV VMA 2003 menjadikan Britney seorang ikon unggulan milenium.

tumblr_m7hrzmslb61qi0ofuo1_500

27) Mahu Natalie Portman melakonkan watak dirinya jika kisah hidupnya difilemkan.

28) Ketika penggambaran muzik video Outrageous pada tahun 2004, Britney terjatuh sehingga terpaksa menjalani pembedahan lutut. Akibatnya, konsert jelajah Onyx Hotel yang sedang berlangsung terpaksa dibatalkan. Kemalangan ini juga dikatakan menjadi punca kepada masalah Britney untuk kembali ligat menari di pentas hari ini.

29) Alasan nombor 28 tidak boleh diterima! Beberapa bulan sebelum berlangsungnya MTV VMA 2008, satu klip pendek tersebar di YouTube menunjukkan aksi Britney bersama penari-penarinya di dalam studio tarian sedang menjalani latihan koreografi bagi lagu Mannequin daripada album Circus.

Klip berdurasi kira-kira seminit itu membuktikan bahawa kemampuan Britney sebagai penghibur dengan skil tarian hebat masih berbisa. Namun, sayangnya Britney tidak lagi mahu memukau penonton dalam setiap persembahannya. Barangkali dia sudah malas!

tumblr_mjix9ufbfp1s30osgo1_500

30) Cameo Britney dalam sitkom popular How I Met Your Mother (HIMYM) pada tahun 2008 telah berjaya mencatatkan jumlah audiens tertinggi dengan catatan 10.7 juta penonton. Peranannya sebagai Abby difahamkan telah menyelamatkan rancangan TV itu daripada ditamatkan kontrak sambungan bagi musim baharu.

31) Mengalami masalah psoriasis di bahagian kaki.

32) Single Someday (2006) ditulis sepenuhnya oleh Britney dua minggu sebelum mengetahui dirinya hamil.

33) Single Telephone yang didendangkan Lady Gaga featuring Beyonce pada asalnya ditulis khas Gaga untuk Britney.

Demo lagu tersebut sempat dirakamkan Britney tetapi tidak dimuatkan di dalam album baharunya. Justeru Gaga membuat keputusan menggunakan semula lagu itu untuk album The Fame Monster.

34) Britney Jean Spears = Legenda!

anigif_enhanced-31389-1415268505-17

 

Foto kredit: Tumblr

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini