21 Filem Seram Malaysia Terbaik Sepanjang Zaman

0
3448

MALAYSIA memang sering dilambakkan dengan filem seram. Bagaimanapun majoriti karya yang disogokkan kepada penonton kurang memuaskan. Kebanyakan filem seram tempatan mengulangi formula serupa ataupun lebih menjual nama-nama pelakon popular. Namun masih terdapat naskhah yang boleh dibanggakan. Pepatung ada senarainya.

THN_4891-c

Pemilihan kami tidak berlandaskan tahap keseraman semata-mata mahupun kekerapan penampakan hantu di depan kamera. Penilaian dibuat berdasarkan keaslian dan keunikan jalan cerita, persembahan para pelakon, pengaruh dan impaknya terhadap industri perfileman seram tanah air serta kekuatannya untuk diangkat sebagai filem seram berpengaruh bersifat malar segar.

Filem seram apakah yang menjadi pilihan anda? Tinggalkan cadangan dan pandangan anda di ruangan komen di bawah.

Sebelum1/21Seterusnya

21) Jwanita (2015)

jwanita-jpg-cFOTO: FIFIEY LYCHEE MARATION

Mempertaruhkan Maya Karin sebagai teraju filem seram tidak pernah gagal. Namun menerusi Jwanita, Maya kurang menyerlah tetapi ia tidak menggugat perjalanan cerita ini. Biarpun jalinan plot agak bercelaru, tetapi filem arahan Osman Ali ini masih mempunyai kelebihan tersendiri.

Ia agak lari daripada tema seram klise dan lebih menjurus terhadap genre psiko seram. Marsha Milan yang memegang watak pembantu rumah sangat memberangsangkan dan babak ketika dia terapung di dalam bilik dan melayang ke dinding benar-benar menjadi. Begitu juga Datin Paduka Umie Aida yang memegang peranan dukun.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini