Hiburan

20 tahun My Heart Will Go On, Celine Dion pukau penonton pada BBMAs 2017

By  | 

LAGU berhantu nyanyian Celine Dion dan antara balada teragung sepanjang zaman, My Heart Will Go On, tahun ini berusia 20 tahun.

Sebagai lagu tema filem Titanic yang ditayangkan pada 1997, My Heart Will Go On pernah meraih pencapaian tertinggi dalam industri muzik antarabangsa. Ia mengungguli kategori Record of the Year dan Song of the Year pada anugerah Grammy ke-41 (bersiaran pada 1999) dan menerima anugerah Best Original Song pada Anugerah Academy 1997.

Selepas dua dekad mencipta fenomena, Dion kembali memukau penonton dengan menyampaikan lagu tersebut pada Billboard Music Awards (BBMAs) 2017 yang berlangsung di T-Mobile Arena, Las Vegas, Amerika Syarikat pagi tadi (mengikut waktu Malaysia).

Muncul mempesona dalam dres rekaan Stephane Rolland, penyampaian Dion yang sarat emosi membuatkan penonton merasai kerinduannya kepada mendiang suaminya, René Angélil yang meninggal dunia tahun lalu.

“Ketika ditawarkan lagu ini, saya menolak dan seperti mahu mencekik suami saya,” imbas Dion yang kerjayanya turut diuruskan suaminya.

BBMAs 2017 turut menyaksikan kepulangan diva disko, Cher yang menerima Anugerah Billboard Icon of the Year.

Sumber: Billboard / Huffingtonpost

Comments

comments

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *