11 fakta Gong Yoo – Hero Train to Busan

0
99

FENOMENA filem Korea, Train to Busan telah meledakkan kembali nama Gong Yoo, teraju utama filem itu yang memegang peranan Seok-Woo.

fullsizephoto719196-jpg-cFOTO: ASIANMOVIEPULSE

Bagi peminat drama TV Korea, Gong Yoo bukanlah bintang asing kepada mereka. Sebelum ini Gong Yoo pernah digilai ramai perempuan menerusi drama TV Coffee Prince. Cuma kini dia kelihatan lebih matang. Berikut merupakan 11 fakta ringkas tentang Gong Yoo:

1) Dilahirkan pada 19 Julai 1979 di Busan (sama seperti filem Train to Busan), Korea Selatan dan kini berusia 37 tahun.

2) Popularitinya melonjak selepas membintangi drama TV popular, Coffee Prince pada tahun 2007.

3) Menjalani latihan ketenteraan yang diwajibkan negaranya selama dua tahun pada tahun 2008 (ketika popularitinya memuncak).

gongyoo_dj_kjpFOTO: KOJAPRODUCTIONS

4) Bercadang untuk mendirikan rumah tangga dan menimang cahaya mata sebelum usia 40 tahun.

5) Berketinggian 184 sentimeter.

6) Nama penuhnya ialah Gong Ji-chul. Nama pentasnya, Gong Yoo adalah gabungan nama ibu dan bapanya.

restmb_jhidxmakeFOTO: KPOPHERALD

7) Dilantik sebagai wakil istimewa bagi Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) di Korea pada November 2013.

8) Pernah dikhabarkan bercinta dengan Im Soo Jung, aktres yang berlakon bersamanya dalam drama TV, School 4 (2001) sekitar tahun 2008 tetapi Soo Jung menafikan khabar angin tersebut dan menganggap Gong Yoo sebagai kawan baik.

4a4217275b5fbbc8356021e4fbe88d41FOTO: PINTEREST

9) Wanita kedua yang digosipkan pernah menjalinkan hubungan istimewa dengan Gong Yoo ialah Yoon Eun Hye, gandingan Gong Yoo dalam Coffee Prince. Beberapa keping gambar mesra mereka tersebar di internet tetapi kedua-duanya menafikan hal tersebut.

cb09e9ddf65953be21738f3dcae04218

10) Ciri-ciri wanita idamannya adalah yang sedikit tomboi (sama seperti watak Eun Hye dalam Coffee Prince) dan kurang meminati wanita bersopan-santun kerana menganggap ia ciri membosankan.

gy20FOTO: THEFANGIRLVERDICT

11) Masih single!

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini