10 persembahan wajib tonton di Dewan Filharmonik Petronas

1
22

DEWAN FILHARMONIK PETRONAS (DFP), lokasi paling ikonik yang merujuk kepada keraian muzik klasikal dan orkestra. Terletak di jantung mercu tanda ibukota Kuala Lumpur iaitu Menara Berkembar Petronas, DFP sering mendedikasikan simfoni muzik tersebut lantas menjadikan ia sebagai identiti berkampungnya golongan elitis semata-mata.

dfp1

Sentimen itu ditambah dengan kod etika berpakaian yang ketat dan nilai tiket masuk mencecah ratusan ringgit sekali gus menambah jurang perbezaan antara khalayak terutamanya golongan muda dan urban.

Seperkara yang harus diperbetulkan mengenai persepsi berkenaan adalah, DFP sebenarnya telah membuka ruang yang lebih luas sama ada daripada sudut karya yang dipentaskan mahupun khalayak yang datang untuk menonton. Buktinya selama empat tahun berturut-turut DFP Seni Festival diadakan bertujuan menarik pelbagai kelompok pencinta seni tanah air.

Malah, pelbagai muzik pop, rock, tradisional dan alternatif sering disuntik dalam beberapa agenda menarik saban tahun. Penghibur misalnya Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Sheila Majid, Ning Baizura, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Andre Goh, Hujan, Bunkface dan Harvey Malaiholo menjadi barisan artis yang pernah menakluk dewan prestij tersebut.

Bagi yang terlepas persembahan-persembahan tersebut, DFP sebenarnya masih menyimpan variasi persembahan luar biasa bertaraf antarabangsa buat pelbagai kelompok audiens.

Biarpun kalendar tahun 2015 sudah hampir menutup tirai, namun ada lagi beberapa persembahan menarik di Dewan Filharmonik Petronas yang anda tidak sepatutnya lepaskan sepanjang tahun ini. Berikut disenaraikan 10 persembahan menarik yang wajib ditonton sehingga suku pertama tahun hadapan.

P1180337_MPYO_CANDID_WEB

1.Mozart in Paris (1 November 2015, Ahad)

Mungkin ada yang belum kenal program Malaysian Philharmonic Youth Orchestra (MYPO) yang sebenarnya sudah sembilan tahun dilaksanakan di bawah Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO). Bagi mencungkil bakat muda dalam bidang muzik klasikal dan orkestra, program menarik ini sebenarnya menghimpunkan bakat yang paling mengagumkan selaku pelapis masa hadapan. Ya! Anda masih belum terlambat untuk mendapatkan tiket menyaksikan anak-anak muda dalam kalangan MYPO mempersembahkan bakat dalam alunan simfoni indah Mozart in Paris. Persembahan kali ini akan menampilkan konduktor muzik Ciaran McAuley.

Bayaran masuk RM60, RM100

DSC08589_CIARAN_WEB

 

2. Malam Terang Bulan (20, 21, 22 November 2015, Jumaat, Sabtu & Ahad)

Tahukah anda cerita menarik di sebalik terciptanya lagu kebangsaan kita, Negaraku? Pementasan ini bakal menghadiahkan sejuta memori dan pengalaman tidak ternilai mengenai asal usul dan kemerduan lagu-lagu yang masih malar hingga kini. Edisi kedua persembahan ini akan meraikan muzik Tanah Melayu termasuk ciptaan R. Azmi, P. Ramlee, Gus Steyn, Alfonso Soliano, Yusoff B dan Benjamin Britten’s Sketch for Malaya.

Bayaran masuk: RM80, RM120, Rm160, RM200

 

3.Presto, Mambo! (28 & 29 November 2015, Sabtu dan Ahad)

Si cilik juga tidak seharusnya ketinggalan untuk menikmati pengembaraan luar biasa seorang budak lelaki bernama Presto dan anjingnya yang comel bernama Mambo yang sangat menggemari irama muzik Latin. Kisah menarik ini akan membawa penonton meneroka keindahan irama muzik tersebut sambil berdansa.

Bayaran masuk: RM50, RM80, RM100, RM130

sitemgr_photo_11307

 

4. Faizal Tahir: One Night Only (30 November 2015, 8.30 malam)

Diam tidak diam sudah 10 tahun Faizal Tahir berkelana dalam arus muzik tempatan. Penyanyi rock itu bakal meraikan sambutan sedekad kerjayanya dalam dunia seni bersama senandung irama terbaik yang pernah diciptanya dalam Konsert Faizal Tahir: One Night Only.  Datang dan rasai sendiri pesona serta aura Superman Malaysia ini!

Bayaran masuk: RM120

18748460138_dbbeb902fb_b

 

5. Star Wars and Beyond (17 & 18 Disember 2015, Khamis & Jumaat)

Pertarungan di alam galaksi kini singgah di Dewan Filharmonik Petronas untuk memberikan pengalaman baharu kepada penonton yang selama ini hanya menyaksikan filem epik ini di layar perak. Simfoni ciptaan Stanley Kubrick dan John Williams akan digubah khas dalam rendisi orkestra ekstra maksimum.

Bayaran masuk: RM60, RM90, RM120, RM150

Print

 

6. Ballet Festival featuring Stars of the Moscow Ballet

  • Giselle (8, 9, 10 Januari 2016, Jumaat – Ahad)

Sinonim dengan pentas Perancis dan Itali, naskhah agung yang meraikan ulangtahun ke-175, Giselle akan bersemadi di Dewan Filharmonik Petronas pada awal tahun 2016. Giselle yang mengisahkan kedukaan hati seorang gadis yang dikecewakan oleh kekasihnya yang curang adalah pilihan terbaik untuk membuka tirai persembahan tahun baharu.

Bayaran masuk: RM150, RM220, RM300, RM360

  • Romeo & Juliet (15, 16, 17 Januari 2016, Jumaat – Ahad)

Siapa yang tidak kenal dengan naskhah William Shakespeare, Romeo and Juliet? Lambang kisah cinta agung ini akan diterbangkan khas dari Moscow, Rusia yang pastinya akan merenggut emosi setiap penonton.

Bayaran masuk: RM150, RM220, RM300, RM360

Ballet dancers

 

7. Diana Krall Wallflower World Tour (15 Februari 2016, Isnin)

Nama Diana Krall tidak asing lagi dalam arena muzik jazz antarabangsa. Tampil menerusi album terbaharunya, Wallflower, Diana bakal singgah di Dewan Filharmonik Petronas untuk memberikan buah tangan kepada peminatnya di Malaysia. Konsert Diana Krall Wallflower World Tour akan menyaksikan interpretasi Diana terhadap kecenderungan muzik jazz dari zaman kanak-kanak hingga dewasa termasuk lagu Desperado (Eagles) dan Wallflower (Bob Dylan) yang banyak menjadi sumber inspirasinya.

Bayaran masuk: RM300, RM450, RM600, RM750, RM900

Diana-Krall-Wallflower-World-Tour-in-concert-at-Grand-Sierra-Resort-on-Saturday-August-15th-2015_640x360

 

8. Ratatouillle in Concert (11, 12 Mac 2016, Jumaat & Sabtu)

Pernahkah anda menonton filem sambil mendengar lagu sebenar yang dimainkan oleh pemuzik sebenar di hadapan anda? Ini peluang menarik yang tidak patut dilepaskan! Nikmati pengembaraan seekor tikus bernama Remy di Kota Paris, Perancis, dalam usaha menjadi cef terkemuka dalam naskhah animasi Ratatouille.

Bayaran masuk: RM90, RM130, RM170, RM200

Pixar Post - ratatouille-in-concert-poster-no-type--3 Rezise

 

9. Irfan Plays Machmaninoff (30 April & 1 May, Sabtu & Ahad)

Kata orang minat yang mendalam dalam sesuatu bidang akan mengatasi segalanya! Ini bukti paling jelas. Tengku Irfan akan membuktikan kepada anda bahawa tiada apa yang mustahil di dunia ini untuk menguasai sesuatu bidang di luar kemampuan akal. Irfan bakal mempersembahkan naskhah hebat Rachmaninoff yang menuntut paling banyak kekuatan mental, fizikal, stamina dan teknik.

Bayaran masuk: RM60, RM90, RM120, RM150

Tengku-Irfan-2015_WEB

 

10. The MPO & Zainal Abidin (7, 8 Mei 2016, Jumaat & Sabtu)

Hijau, Suraya, Manis dan Ikhlas Tapi Jauh merupakan untaian lagu malar segar penyanyi Zainal Abidin. Pernah memukau khalayak menerusi lagu-lagu rakyat suatu ketika dahulu, dedikasinya terhadap bidang muzik selama 30 tahun akan dihimpunkan dalam konsert khas The MPO & Zainal Abidin.

Bayaran masuk: RM100, RM150, RM250, RM350

Zainal0137_WEB

1 KOMENTAR

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini