10 penyanyi wanita terkaya 2015

0
38

PENYANYI terkenal James Brown pernah menyanyikan sebuah lagu judulnya berbunyi It’s A Man’s Man’s World. Bunyinya seksis namun itu tidak bermakna setiap lirik yang dialunkan penyanyi itu benar-benar membuktikan hanya lelaki berkuasa di dunia.

Menurut kajian oleh Forbes iaitu sebuah majalah bisnes antarabangsa yang menyenaraikan individu terkaya dunia sepanjang tahun 2015, beberapa penyanyi wanita tersohor Hollywood termasuk antara individu yang memiliki pendapatan melebih $25 juta (RM109 juta) setahun.

Berikut disenaraikan 10 penyanyi wanita terkenal dunia yang memiliki pendapatan tertinggi sepanjang tahun 2015:

1 – Katy Perry ($135 juta/RM592 juta)

Terdapat sedikit percanggahan mengenai nilai pendapatan dua penyanyi terkenal ini iaitu Katy Perry dan Taylor Swift. Menurut kaji selidik yang dilaksanakan oleh Michelle Coffey dari MarketWatch, Katy Perry memiliki nilai kekayaan sebanyak $55 juta (RM241 juta) melebihi Taylor Swift dalam jangka masa sama ketika kajian dilaksanakan.

“Nilai tersebut turut diukur menerusi keupayaan penyanyi itu mendekatkan diri dengan peminat mereka dan masing-masing ada harapan dan kekecewaan namun Katy Perry berjaya mengatasi semua penyanyi lain.

“Asasnya, Katy Perry berupaya untuk mengenalpasti perasaan peribadi dan berkongsi kepada peminat sekali gus menjana pendapatan yang lumayan,” tulis pakar pemasaran Howard Raucous, Chris Matyszczyk.

tumblr_ns2kd2HHUU1qzbagvo1_1280

2 – Taylor Swift ($80 juta/ RM350 juta)

Tidak mustahil pada tahun 2016 Taylor Swift mampu memintas kedudukan Katy Perry memandangkan kredibiliti muziknya saban hari semakin baik. Taylor telah meletakkan satu standard baharu dalam menilai kualiti seseorang penghibur wanita apabila berjaya membuat persembahan di hadapan kumpulan bola sepak wanita Amerika Syarikat yang telah memenangi World Cup 2015 dan pentas peragaan Victoria Secret tahun ini. Bagaimanapun usahanya untuk menandingi musuh terbaharunya dalam arena muzik iaitu Katy Perry tidak berjaya.

tumblr_ng48tpGnZd1sqqa0ao1_1280

3 – Fleetwood Mac ($59.5 juta/RM260 juta)

Jika artis wanita lain berjaya atas usaha sendiri, dua wanita daripada band Feetwood Mac iaitu Stevie Nicks dan Christine McVie berkongsi kedudukan sama setelah berjaya mengukuhkan nama band mereka sehingga kini. Bagi peminat setia Fleetwood Mac, mereka bakal menghadiahkan sesuatu yang bermakna menjelang sambutan Hari Natal tidak lama lagi. Fleetwood Mac terus membina empayar sendiri dan peminat baharu setiap hari menerusi siri jelajah dan hit malar segar.

fleetwoodmac_photo

4 – Lady Gaga ($59 juta/RM258 juta)

Selain menjana pendapatan sebagai seorang bintang mega antarabangsa, Lady Gaga juga mengumpul kekayaan menerusi bakatnya dalam lakonan. Tahun ini, penyanyi eksentri itu pernah membuat kemunculan dalam drama bersiri televisyen terkenal American Horror Story dan beberapa siri persembahan konsert berskala besar.

LADY GAGA - Harper's Bazaar Magazine Photoshoot by Sebastian Faena

5 – Beyonce ($54.5 juta/RM239 juta)

Mungkin ramai yang terkejut apabila Beyonce hanya berjaya mengumpul hanya sejumlah itu pada tahun ini. Beyonce, salah satu wanita yang berjaya melakar fenomena sendiri dan empayar dalam industri muzik dunia turut mencuri tumpulan menerusi pelbagai siri komersial televisyen dan iklan merata-rata tempat. Itu pun sudah cukup untuk Queen Bey menambah bilangan angka dalam akaun simpanannya.

Beyonce-o2014-03

6 – Britney Spears ($31 juta/RM135 juta)

Kejayaan Britney Spears di Las Vegas banyak membantu perkembangan kerjaya penyanyi itu pada tahun ini. Ini fakta menarik yang patut anda tahu: selama 17 tahun single Hit Me Baby, One More Time masih merajai hati peminatnya setiap tahun dan kelincahannya menari tidak pernah luntur saban tahun. Britney masih meneruskan legasi sebagai bintang terkemuka dunia!

britney-spears-photoshoot-by-randee-st.-nicholas-2013-_1

7 – Jennifer Lopez ($28.5 juta/Rm124 juta)

Walaupun jadual konsert jelajahnya tidak sehebat suatu ketika dahulu namun, pelantun lagu Jenny From The Block itu masih berada di tangga teratas mengatasi wajah baharu setiap tahun. Fokusnya lebih tertumpu menjadi juri rancangan realiti American Idol dan bakal mengikut jejak langkah Britney Spears membuat persembahan di Las Vegas pada tahun hadapan.

JENNIFER LOPEZ - Harper's Bazar Magazine Photoshoot by Steven Gomillion and Dennis Leupold

8 – Miranda Lambert ($28.5 juta/RM124 juta)

Berkongsi kedudukan dengan JLo, Miranda Lambert antara artis yang mendapat bayaran tertinggi sepanjang tahun 2015. Bintang muzik country itu berjaya menggondol beberapa anugerah dan pingat pada tahun ini selain melebarkan empayar bisnesnya. Forbes telah menyenaraikan Red55 Wine, Dixie Darlin dan Pink Pistol sebagai tiga jenama terbaik yang dimilki Miranda.

548a83d74280a_-_rbk-miranda-lambert-2-0213-s2

9 – Mariah Carey ($27 juta/RM118 juta)

Menantikan Mariah Carey menyanyi secara langsung di hadapan anda? Ya, tahun depan penyanyi itu bakal muncul di pentas Las Vegas mengikut jejak langkah Britney Spears. Mariah juga dijadualkan bakal beraksi di beberapa buah konsert di New York tidak lama lagi. Apapun, cuba kira sekerap manakah lagu All I Want For Christmas Is You milinya akan dimainkan di corong-corong radio menjelang Hari Natal kelak. Itupun duit!

mariah-carey-2-infinity-thatgrapejuice

10 – Rihanna ($26 juta/RM114 juta)

Karier Rihanna tahun ini agak menyepi berbanding tahun terdahulu. Sepanjang tempoh kajian dilaksanakan, Rihanna cuma mengadakan 9 buah konsert sahaja dan itupun sudah meletakkan penyanyi lagu Umbrella itu antara 10 penyanyi wanita terkaya tahun ini. Nantikan album terbaharunya, Anti, tidak lama lagi dan bayangkan pulangan yang bakal diperoleh Rihanna nanti!

Rihanna-Dior-Magazine-2015-Cover-Photoshoot05

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini