10 lagu yang kini berusia 10 tahun

0
47

TAHUN 2015 baru sahaja menginjak ke bulan pertamanya, Januari. Sedar atau tidak, umur kita juga semakin meningkat selari dengan perjalanan masa. Pastinya, banyak memori yang tersimpan di kotak minda sejajar dengan perubahan usia. Begitu juga dengan lagu-lagu yang pernah menjadi siulan ramai suatu ketika dahulu. Berikut Pepatung senaraikan 10 buah lagu popular sekitar tahun 2005 yang kini telah berusia 10 tahun. Ya, kami berasa sangat tua.

Pon De Replay – Rihanna
Sebelum popular dengan rambut gaya bob tajam dan tampil dengan pakaian yang pelik, Rihanna hanyalah gadis dari Barbados yang bermula dengan single berentak reggae. Bad girl RiRi huh?

You And Me – Lifehouse
Siapa yang boleh lupa dengan lagu mendayu daripada Lifehouse ini? Lagu sedap? Checked. Lirik mantap? Checked. Suara serak-serak basah Jasaon Wade yang seksi? Double checked!.

Mockingbird – Eminem
Dipetik daripada album Encore, Eminem begitu beremosi meluahkan rasanya menerusi lagu melankolik ini. Anaknya, Hailie Scott Mathers dijadikan subjek penceritaan utama dalam Mockingbird.

Lonely No More – Rob Thomas
Percubaan pertama vokalis kumpulan Matchbox Twenty sebagai penyanyi solo. Konsep yang diketengahkan dalam klip videonya sangat cool!

Wake Me Up When September Ends – Greenday
Selain sering dijadikan bahan lawak di Twitter atau Facebook setiap kali tibanya bulan September (atau setiap kali tamatnya bulan September) lagu ini begitu bermakna buat vokalis Greenday, Billie Joe Armstrong yang kehilangan ayahnya pada 1 September 1982 akibat kanser. Ketika di majlis pengkebumian bapanya, Billie menangis dan lari pulang ke rumah lalu mengunci dirinya di dalam bilik. Apabila ibunya pulang dan mengetuk pintu biliknya, Billie menjawab: “Wake me up when September ends“.

Lonely – Akon
Tidak dinafikan, lagu ini cukup popular sepuluh tahun lalu. Bukan sahaja ia merupakan lagu yang berjaya melonjakkan nama Akon sebagai penyanyi, malah lagu Lonely turut dijadikan nada dering kebanyakan peminatnya di Malaysia.

Karma – Alicia Keys
Lagu yang turut dijadikan nada dering oleh pengguna telefon pintar suatu ketika dahulu. Menerusi lagu ini jugalah pengguna perkataan karma popular dalam kalangan khalayak.

Since U Been Gone – Kelly Clarkson
Lagu yang memperkenalkan Kelly Clarkson kepada penggemar muzik arus perdana selepas album debutnya Thankful. Menerusi fasa ini juga, Kelly turut tampil sangat kurus, menepati gambaran penyanyi pop pada era berkenaan.

Don’t Cha – Pussycat Dolls Featuring Busta Ryhmes
Walaupun pernah menjadi kegilaan remaja sepuluh tahun lalu, kumpulan ini tidak mampu bertahan lama atas kedegilan dan perangai diva yang ditunjukkan oleh Nicole yang mahu menyanyi secara solo dalam hampir kesemua lagu.

We Belong Together – Mariah Carey
Berada di tangga nombor satu carta Billboard 100 selama 14 minggu, lagu ini turut menampilkan beberapa aktor popular dalam klip videonya seperti Eric Roberts, Wentworth Miller, dan gaun pengantin Vera Wang sepanjang 27 kaki yang digayakan ketika majlis perkahwinannya bersama Tommy Motolla pada tahun 1993.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini