10 kostum Parti Halloween terbaik Heidi Klum

0
20

Sebut sahaja Halloween, pastinya ramai yang mendefinisikan perayaan itu dengan pelbagai kostum eksentrik, buah labu dan trick or treat. Bagaimanapun, dalam ruang glamor selebriti popular Hollywood, definisi Halloween tidak lain tidak bukan si model cantik manis Heidi Klum.

<> Heidi Klum's 9th annual Halloween party at 1 OAK on October 31, 2008 in New York City.

Saban tahun Heidi tidak akan melepaskan peluang untuk menganjurkan parti Halloweennya sendiri dan tahun demi tahun juga usahanya untuk tampil berbeza daripada khalayak juga sifatnya luar biasa!

Pepatung menyenaraikan 10 kostum Halloween terbaik yang pernah digayakan Heidi:

2001

Heidi mengambil inspirasi daripada Lady Godiva dengan menggayakan rambut palsu panjang mencecah lantai dan membuat kemunculan dengan menunggang seekor kuda.

2314617_10

2005

Belum pun sempat filem Twilight ditayangkan, Heidi sudah mendahului semua yang lain dengan interpretasi puntianak seksi.

NEW YORK - OCTOBER 31: Model Heidi Klum arrives at her annual Halloween party at Happy Valley October 31, 2005 in New York City. (Photo by Evan Agostini/Getty Images)

2006

Siapa cakap ibu mengandung tidak boleh menghadiri parti Halloween? Ya, Heidi berjaya menyembunyikan kandungannya yang berusia 8 bulan ketika itu menerusi kostum buah epal yang dilingkari seekor ular gergasi.

heidi-klum-halloween-sinful-apple-costume

2007

Menjelma sebagai seekor kucing yang seksi dan lengkap bermisai, inilah definisi purr-fect Heidi.

LOS ANGELES, CA - OCTOBER 31: Model Heidi Klum attends her 8th Annual Halloween Party at The Green Door on October 31, 2007 in Los Angeles, California. (Photo by Charley Gallay/Getty Images)

2008

Dua tangan tidak cukup baginya maka Heidi menambah beberapa batang tangan mirip tuhan masyarakat Hindu. Usahanya tidak terhenti di situ sahaja, Heidi telah mengecat wajahnya dan mengenakan sut badan berwarna biru untuk menghidupkan karakter yang dibawanya. Bagaimanapun, kostum ini telah mengundang kontroversi dan mendapat kecaman daripada penganut agama tersebut hingga memaksa Heidi membuat permohonan maaf.

heidi-klum-halloween-costume-sheeva-3

2011

Bagaimanakah agaknya rupa Heidi tanpa kulit? Mungkin ada yang tidak sanggup memandangnya namun Heidi tampil dengan inspirasi anatomi tubuh manusia dalam parti anjurannya tahun itu.

klum

Pada tahun sama juga, Heidi dan suaminya Seal memakai kostum Planet of the Apes ketika sebuah parti Halloween lain di bandar New York.

heidi-klum-seal-monkey-costume-1101-01-480x720

2012

Mengambil rentetan malapetaka Ribut Taufan Sandy pada tahun berkenaan, Heidi menganjurkan parti Halloween bertemakan padang pasir dan telah mengenakan kostum emas Cleopatra.

Heidi Klum in a Cleopatra costume at her postponed Halloween party at Club Final in NYC. Pictured: Heidi Klum Ref: SPL465953 011212 Picture by: NY1 / Splash News Splash News and Pictures Los Angeles: 310-821-2666 New York: 212-619-2666 London: 870-934-2666 photodesk@splashnews.com

2013

Selepas membuka ruang fantasi mengenai rupanya tanpa kulit, Heidi sekali lagi memberikan gambaran kepada masyarakat bagaimanakah rupanya apabila menjadi seorang nenek berusia 95 tahun. Mungkin kalau berselisih sebelahnya ketika ini tiada siapa yang kenal itu sebenarnya Heidi Klum!

heidi-klum-2013

2015

Sekali lagi pada tahun ini, pengacara rancangan Project Runway itu mentransformasikan dirinya menjadi watak popular karakter filem Who Framed Roger Rabbit tahun 1988 iaitu Jessica Rabbit. Heidi turut memuatnaik proses transformasi itu di laman sosial Instagram peribadinya.

“Ini tahun ke-16 aku menganjurkan parti Halloween dan aku sudah mempunyai 17 buah kostum. Aku berpuas hati dengan kesemuanya dan seronok melihat orang teruja.

“Aku suka sambutan Halloween dan ini merupakan salah satu kostum kegemaran aku,” ujarnya kepada media antarabangsa.

NEW YORK, NY - OCTOBER 31: Heidi Klum attends the Heidi Klum's 16th Annual Halloween Party sponsored by GSN's Hellevator And SVEDKA Vodka At LAVO New York on October 31, 2015 in New York City. (Photo by Mike Coppola/Getty Images for Heidi Klum)

 

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini