Buku

Poetrygami: Warkah cinta kecundang

By  | 

PERTAMANYA mahu memohon maaf kepada penulis Poetrygami: Nick Adly kerana saya sedikit berpihak kepada individu yang meminta anda mendalami ilmu penulisan puisi terlebih dahulu sebelum menerbitkan buku himpunan puisi sendiri. Kerana buku kedua anda ini agak mengecewakan selepas catatan kreatif dalam Langit Tanpa Awan yang begitu mengusik perasaan.

poetrygami-3FOTO/PEPATUNG

Bukan buku ini tidak bagus. Ada puisi yang menyerlah cuma secara rangkumannya, ia sangat biasa, kurang penyampaian berstatus puisi dan terlalu rawak cantuman katanya.

Apapun perkongsian Nick tentang tiga eleman; kebebasan berekspresi, emosi dan kecintaannya terhadap penulisan puisi sememangnya dapat ditemui dalam buku ini. Matlamatnya juga dinyatakan awal-awal; bukan mahu ia dijadikan rujukan ilmiah sastera di kampus-kampus universiti.

Benar sekali kerana Poetrygami adalah nukilan buat hati-hati yang sepi!

#23
Honey, Honey come to me
I’ll make you glow over the sea
Honey, Honey come pick me
You’ll be happy with this bee

Percubaan sulung puisi bahasa Inggeris belum berupaya (sepenuhnya) mengheret pembaca, pada pandangan saya, untuk sama-sama merasai derita cinta yang diangkat selaku tema utama buku ini. Antara 144 puisi, saya andaikan 98 daripadanya berkisar tentang cinta.

Poetrygami menceritakan fasa berputiknya rasa suka sepasang manusia, meniti laluan bahagia yang kemudiannya dibawa menyusuri rekahan kemusnahan perhubungan angkara orang ketiga.

Ketara sekali isi himpunan puisi ini yang melagukan perit batin didustai insan paling disayangi. Tentang sebuah pengharapan menyemai kembali warna-warni saat merentangi pelangi. Disulami rasa benci dan sakit hati gara-gara ketulusan kasih diberi akhirnya dicurangi.

Satu kelebihan Poetrygami adalah tumpahan jiwa dalam setiap kandungan puisinya. Seolah-olah puisi itu bernyawa apabila pembaca membaca yang sekali gus mengheret hati untuk turut sama merasai lara insan patah hati. Saya tujukan naskhah-naskhah dalam buku ini kepada mereka yang pernah melewati detik patah hati yang dahsyat kesannya terhadap emosi.

Lontaran kejujuran juga dapat saya rasai menerusi buku ini. Nick seperti enggan ‘bersembunyi’ tentang perihal identiti dan mahu orang mengerti mengapa puisi satu terapi baginya mententeramkan diri. Barangkali Poetrygami adalah jilid gelap yang pernah ditempuhi Nick dan berhajat meloloskan kecamuk dendam itu menerusi medium seni.

#129
You were my inspiration
Which later became my destruction
And despite all those notions
I’ll continue to pen down my quotations

Not for you, but for my nation
Not about you, but about my emotion

Puisi di atas saya pilih sebagai ibu segala puisi dalam Poetrygami. Pendedahan tentang sang kekasih sebagai inspirasi bertukar menjadi peremuk hati yang melancarkan penciptaan terhadap bait-bait puisi berkisar tentang emosi si penulis.

Kesyahduan Poetrygami dicungkil daripada nilai setia sang penulis kepada cintanya, sebuah pengajaran berharga untuk mereka yang tidak menghargai nilai kesetiaan dalam perhubungan.

Saya sarankan buku ini kepada mereka yang pernah atau sedang melalui getir dalam percintaan kerana ia dapat memujuk hati untuk cekal dan tabah. Ia umpama warkah cinta kecundang terhadap kegagalan dalam perhubungan. Namun ia juga pengubat kecewa mereka yang teraniaya kerana isinya dicipta untuk dikongsi bersama.

Muntahkan gundah-gulana anda bersama himpunan puisi buku ini. Bebaskan kesebalan yang menyelubungi diri. Hidupkan kembali api kendiri. Bina harapan baharu bertemankan pasti. Selamat menikmati puisi beremosi Poetrygami!

Berikut merupakan antara puisi pilihan Pepatung daripada Poetrygami:

#33
Short and bloated belly
And unsymmetrical rows of rabbit teeth
Love you

#53
I was your umbrella throughout your rainy days
Now the sun has finally come out to play
So you keep me in the shed to stay
And that’s where you and me distant away

#67
Little, little dark-ling star
How I wonder how fast you are
Down across the field you slide
Better than diamonds you can glide
Little, little dark-ling star
How I love you from afar

#131
Color me at night
With those colors so bright
Paint them white
Blend both dark and light

Color me at night
Because comes morning light
All these colors will chose to hide
Till then, enjoy every sight
Because tonight shall be a good night

#144
You can paint the sky merah jambu
If that’s what you mahu
Or even tanggalkan all the stars satu persatu
Bila sahaja rasa perlu
If that’s what you mahu
Cause in life yang serba laju
If you don’t start it dahulu
You will never be maju
By doing what you mahu

Info Poetrygami:
Tajuk: Poetrygami
Penulis: Nick Adly
Kandungan: 144 puisi
Bahasa: Bahasa Inggeris
Harga: RM20
Penerbit: Wow Press Publisher

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *