Gaya Hidup

Tips melancong pada bulan Ramadan

By  | 

“(Puasa yang diwajibkan itu) beberapa hari tertentu. Sesiapa antara kamu sakit atau musafir (haruslah berbuka) dan wajib digantikannya pada hari-hari yang lain” – Surah Al-Baqarah ayat 184.

Ramadan mubarak! Bulan yang ditunggu-tunggu oleh segenap umat Islam seluruh dunia akhirnya tiba dan bagi sesetengah individu yang merencanakan untuk mengembara ke negara Islam lain misalnya Emiriah Arab Bersatu, Mesir, Tunisia dan Morocco, anda bakal menyaksikan perubahan landskap kehidupan yang lebih spiritual berbanding waktu-waktu lain.

backpackerj

Rancang waktu anda dengan bijak ketika melancong pada bulan Ramadan.

Bermusafir atau dalam erti kata lain mengembara, berjalan atau melancong tidak menjadi halangan pada bulan Ramadan. Sepertimana yang disyariatkan dalam Al-Quran dan hadis, Islam memudahkan kehidupan umatnya dan pelbagai langkah alternatif boleh dilaksanakan.

Bagi mereka yang sering atau bakal bermusafir pada bulan Ramadan, kami kongsikan sedikit tips berguna kepada anda.

1. Fahami asas Ramadan

Salah satu Rukun Islam yang mewajibkan penganutnya berpuasa (menahan lapar, dahaga dan perbuatan yang membatalkan puasa) pada bulan Ramadan dari terbit fajar hingga terbenam matahari, begitulah pegangan yang diamalkan oleh setiap yang beragama Islam seluruh dunia. Tidak semata-mata menahan lapar dan dahaga, puasa juga waktu untuk umat Islam menunaikan zakat fitrah. Berpuasa tidak mudah, kebanyakan individu yang berpuasa akan lebih pasif pada siang hari jadi, adalah penting untuk anda memahami apakah itu ibadah puasa dan menghormati tatacara hidup dan budaya masyarakat setempat (negara Islam yang anda lawati).

english.alarabiya.net

Ada baiknya anda cuba mengikuti tatacara kehidupan masyarakat setempat ketika melancong. Foto/ english.alarabiya.net

2. Merancang dengan betul

Seperti melancong, Ramadan juga mempengaruhi bidang perniagaan. Kebanyakan kedai atau pusat beli-belah akan beroperasi pada waktu-waktu tertentu sahaja bagi menghormati pekerja atau kakitangan yang berpuasa untuk berbuka. Jadi, langkah bijak adalah membuat tempahan awal daripada segi penginapan, pengangkutan atau agensi pelancongan bagi mengelakkan anda terkontang-kanting tanpa arah tuju. Rancang hidangan harian anda lebih advance (misalnya membuat tempahan awal di restoran) dan amalkan membawa bersama sebotol air (sebagai langkah kecemasan sekiranya anda tidak mendapat tempat duduk apabila masuk waktu berbuka).

3. Ubah jadual anda

Tradisi berbeza antara tempat namun selepas berbuka puasa, kebanyakan individu akan meluangkan masa bersama keluarga dan teman-teman hingga tiba waktu bersahur. Di Morocco, jalanan akan meriah dengan pelbagai hiasan lampu serta untaian muzik di setiap simpang sementara di Turki kehidupan masih sama apabila tibanya Ramadan (atau disebut Ramazan di sana). Bagi yang inginkan kelainan, anda boleh cuba berbuka bersama penduduk setempat di khemah-khemah yang didirikan di pinggir jalan yang mana turut menyediakan juadah berbuka lebih murah. Di beberapa negara Asia Timur, khemah merupakan tempat popular untuk meluangkan masa pada waktu malam seperti bersantai, menghisap shisha dan bermain permainan. Jangan risau kerana mereka mengalu-alukan kehadiran pelancong asing mahupun bukan muslim.

4. Jaga diri

Dapatkan nasihat daripada pakar perubatan bagi individu yang mempunyai masalah kesihatan untuk berpuasa di negara asing. Badan akan kehilangan nutrisi apabila berpuasa jadi, pastikan anda kekal hidrasi dan mendapatkan rehat yang cukup. Ketika bersahur, sebaik-baiknya makan hidangan yang mengandungi tahap karbohidrat dan protein yang tinggi seperti sayuran dan buah-buahan. Minum air yang banyak. Ketika siang hari, kurangkan berada di kawasan yang terdedah dengan cahaya matahari dan kurangkan aktiviti fizikal. Paling penting, sentiasa mencuci tangan anda bagi mengelakkan sebaran penyakit berjangkit.

healthy breakfast foods

Lebihkan pengambilan karbohidrat dan protein ketika bersahur. Foto/ www.healthworks.my

5. Tahu undang-undang tempatan 

Semak undang-undang yang dilaksanakan di setiap negara kerana ia mungkin berbeza di kebanyakan tempat. Ada sesetengah negara yang sensitif mengenai tatacara dan perilaku ketika berpuasa pada siang hari namun ada sesetengah negara yang tidak mewajibkan pelancong berpuasa. Namun, sebaik-baiknya elakkan makan atau minum di hadapan khalayak ramai dan pakailah pakaian yang sopan.

6. Gunakan kemudahan komunikasi

Ramadan merupakan waktu untuk beramal jariah. Jadi, terima sahaja undangan berbuka puasa atau iftar bersama keluarga atau kenalan anda. Anda boleh membalas jemputan itu dengan membawa buah tangan atau memberikan zakat. Twitter boleh membantu anda daripada sudut pengurusan masa ketika Ramadan, selalunya di negara Asia Timur anda boleh menggunakan hashtag #iftar diikuti nama negara misalnya #Dubai untuk mengetahui waktu berbuka puasa dan bersahur yang tepat.

Sumber: www.lonelyplanet.com

Comments

comments

Selepas lima tahun bersama akhbar berbahasa Melayu tempatan, penulis memanjangkan langkah dalam bidang rekaan fesyen bersama label peribadi. Kecintaan terhadap dunia penulisan dilanjutkan bersama Pepatung berbekalkan pengalaman skop hiburan, pelancongan dan biografi.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *