Tidur lebih untuk mengurangkan muffin top dan perut boroi

1
6

MASALAH lemak berlebihan pada bahagian pinggang dan perut boleh berlaku kepada mana-mana individu, tidak kira golongan wanita mahupun lelaki. Semestinya hal ini amat merisaukan bagi sesiapa sahaja yang mengalaminya. Kini, bukan sahaja golongan wanita, malah kaum lelaki juga dilihat seiring dalam menjaga kesihatan dan penampilan diri.

Terdapat dua jenis lemak pada bahagian tubuh anda. Lemak subcutaneous dan lemak viseral. Lemak subcutaneous merupakan lemak yang boleh dikesan dengan mencubit bahagian perut anda yang sudah memboroi. Manakala, lemak viseral pula tidak boleh dilihat dan terkumpul pada bahagian organ penting dalam badan.

Semakin banyak lemak viseral terkumpul di sekitar pinggang dan perut anda, semakin tinggi risiko untuk anda menghidapi penyakit jantung, kencing manis, masalah pundi kencing, tekanan darah tinggi dan keradangan. Namun masih belum terlewat untuk mengambil tindakan untuk menghilangkan lemak di sekitar perut dan pinggang anda. Terdapat beberapa cara yang boleh dipratikkan:

1) Elak gula
Jika boleh, kurangkan pengambilan makanan dan minuman bergula. Contoh yang paling dekat adalah makanan ringan (junk food), roti putih, pasta dan segala macam jenis kek serta pastri. Makanan tersebut mempunyai kandungan gula yang tinggi, memandangkan ianya kaya dengan karbohidrat. Gantikan dengan pengambilan buah-buahan serta beras perang.

2) Tidur
Selepas seharian bekerja, pastinya badan memerlukan rehat yang cukup bagi memulihkan kembali tenaga. Menurut kajian, tidur enam hingga tujuh jam setiap malam mampu mengurangkan kandungan lemak viseral, berbanding mereka yang hanya tidur kurang dari lima atau lebih dari lapan jam setiap malam.

3) Bersenam
Bersenam secara konsisten jika ingin melihat hasilnya! Sekurang-kurangnya 30 minit setiap sesi, 3 kali seminggu. Berbasikal, bermain badminton, berlari dan senam robik antara aktiviti kardio yang mampu membakar lemak pada bahagian pinggang.

4) Jauhi stress
Tekanan juga menjadi salah satu faktor penyumbang kepada makan secara berlebihan. Apabila tertekan, badan akan menghasilkan hormon kortisol. Penghasilan hormon kortisol secara berlebihan boleh menyebabkan kegemukan dan menyukarkan seseorang itu menurunkan berat badan. – NINA JURY

1 KOMENTAR

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini