Takluk dunia dengan kasut tumit tinggi

0
16

BENAR, sains menyokong pendapat yang mengatakan lelaki lebih tertarik pada wanita yang menggayakan kasut tumit tinggi. Kajian yang dilakukan di Université de Bretagne-Sud dan diterbitkan dalam Archives of Sexual Behaviour mendapati, lelaki lebih cenderung untuk menolong wanita yang sedang memakai kasut tumit tinggi – semakin tinggi kasut itu, semakin besar harapan untuk menerima bantuan.

Kajian itu dijalankan ke atas sekumpulan sukarelawan perempuan yang berusia 19 tahun dengan memberi mereka beberapa tugasan:

1) Meminta pertolongan lelaki untuk mengambil sarung tangan yang jatuh
2) Meminta pertolongan lelaki untuk menjawab kaji selidik
3) Atau hanya berdiri di sudut bar dan tunggu disapa

Kesemua mereka mengenakan kasut tumit tinggi bersaiz sama ada 0.2, 2 atau 3.5 inci.

Keputusannya, kebarangkalian gadis yang sarung tangannya jatuh mendapat pertolongan daripada lelaki adalah sebanyak 50% dan gadis bertumit tinggi yang berdiri di bar disapa lebih banyak lelaki berbanding yang memakai kasut jenis flat.

Begitu juga dengan gadis-gadis yang memakai kasut tumit tinggi sambil meminta pertolongan untuk menjawab soalan kaji selidik.

“Saiz tumit kasut memberi pengaruh yang dahsyat terhadap kaum lelaki,” ulas Nicolas Gueguen, penyelidik kajian tersebut kepada Associated Press (AP). “Pendek kata, ia mampu membuatkan wanita tampil lebih cantik,” jelasnya.

Bagaimanpun, kasut tumit tinggi boleh menjejaskan kesihatan kaum wanita. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh New York Times, kasut tumit tinggi boleh menyebabkan ketegangan otot sehingga mampu memendekkan saiz tendon pada bahagian betis.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini