Solusi penyegar udara kenderaan

0
15

JIKA difikirkan, kita banyak menghabiskan masa di dalam kereta. Seawal pagi kita telah memandu kenderaan ke pejabat dan menjelang petang kita sekali lagi memandu pulang ke rumah. Belum lagi menghitung waktu ketika kita ke pusat beli-belah, balik kampung atau bersiar-siar bersama keluarga dan rakan-rakan.

Selain bahagian luaran kereta yang perlu dicuci sekurang-kurangnya setiap dua minggu sekali, kebersihan ruang dalaman kereta juga mesti diutamakan. Kereta yang bersepah; dipenuhi sampah bungkusan makanan dan air, kasut dan stoking serta timbunan fail pejabat memang menyemakkan pandangan. Apatah lagi jika pelapik kaki dan kusyen kerusi kereta anda tidak divakum atau dibersihkan dengan kerap. Semestinya ia mengundang ketidakselesaan dan bau tidak menyenangkan.

1-glade

Sebagai solusi kepada permasalahan itu, kebanyakan kita menggunakan penyegar udara kenderaan. Antara jenama yang dipercayai adalah Glade. Kini masalah kereta berbau dapat diatasi dengan penambahan dua varian baharu Glade. Wangian Lavender Marine dan New Car menjadi pelengkap kepada pilihan sebelum ini, I Love You, Morning Freshness dan Ocean Escape.

Keluaran terkini Glade itu termasuk kit permulaan dan pek isian semula percumanya dirumus dengan wangian menyegarkan bagi membantu melenyapkan bau tidak menyenangkan sekali gus menyegarkan udara di dalam kenderaan anda sehingga 120 hari. Setiap pek isian semula mampu memberi kesegaran sehingga 60 hari.

Penyegar udara kereta Glade kini boleh didapati di seluruh negara pada harga RM17.50, manakala pek isian semula boleh didapati dalam lima wangian menyegarkan pada harga RM12.50 setiap satu.

KONGSI
Artikel sebelumnyaJam tangan ilham automotif klasik
Artikel seterusnyaHaruman semerbak kelopak putih segar

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini