Gaya Hidup

Sains membuktikan hidup secara bujang itu menakjubkan

By  | 

SERING ditanya dengan soalan bilakah anda bakal mengakhiri zaman bujang? Walaupun secara jujur, anda memang tidak mahu mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat? Pastinya, setiap kali berjumpa dengan sanak saudara, soalan yang sering diterima adalah: “Bila nak kahwin?” – Dan anda mungkin dibandingkan dengan rakan-rakan atau sepupu sebaya anda yang telah pun beranak-pinak.

Tetapi, sebagai seorang yang masih bujang, anda sepatutnya dicemburui oleh mereka yang berkahwin. Sebabnya? Dalam kajian yang diterbitkan dalam Journal of Social and Personal Relationship, penyelidik mendapati, hidup bujang menjuruskan anda untuk menikmati banyak faedah sosial.

Selain itu, orang yang hidup bujang lebih akrab dengan kaum keluarga dan rakan-rakan, berbanding mereka yang telah mendirikan rumah tangga.

Mereka yang masih bujang selalu meluangkan masa dengan ibu dan bapa, walaupun ia sedikit sebanyak memerikan gambaran bahawa orang yang telah berkahwin terpaksa menumpukan lebih perhatian terhadap suami/isteri dan anak-anak.

Kajian juga mendapati, individu bujang turut mempunyai ikatan yang kuat antara adik-beradik kandung, berbanding mereka yang telah berkahwin mempunyai ramai adik-beradik ipar.

Jadi, kenapa pasangan yang berkahwin sering menjauhkan diri daripada orang ramai, sedangkan mereka yang masih bujang aktif dengan kehidupan sosial?

Menurut penyelidik: “Pasangan yang telah berkahwin terlalu fokus terhadap antara satu dengan lain. Mereka secara semula jadi akan gemar menghabiskan masa di rumah jika ada masa terluang. Sedangkan, individu solo akan berasa sunyi tinggal berseorangan. Jadi, itu yang menyebabkan individu solo aktif dengan kehidupan sosial,” jelasnya.

Jika anda telah berkahwin dan mendapati kehidupan sosial anda semakin merudum, apa kata belajar cara-cara bersosial bersama rakan-rakan bujang bagi mengekalkan persahabatan anda. Dan jika anda masih bujang, tahniah. Anda sekarang merupakan bukti kukuh untuk terus kekal bujang!

Comments

comments

Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *