Terumbu karang terbesar di dunia mati pada usia 25 juta tahun

0
13

EKOSISTEM terumbu karang The Great Barrier Reef, Australia, yang terbesar di dunia telah diisytiharkan mati pada usia mencecah 25 juta tahun.

Terumbu karang yang menjadi kediaman pelbagai hidupan dengan warna-warnanya yang mempesona kini pupus akibat kesan penghakisan.

FOTO / STORIFY

Selain itu, kawasan ekosistem terumbu karang tersebut juga merupakan habitat kepada 1,625 spesies ikan, 3,000 mollusks, 20 jenis ikan paus dan ikan lumba-lumba.

Terumbu karang tersebut yang terletak di pesisiran luar pantai Queensland juga boleh dilihat dari angkasa.

Menurut kenyataan yang dipetik daripada New York Post, Rowan Jacobsen yang merupakan seorang ahli sains persekitaran berkata: “Ekosistem terumbu karang tersebut akhirnya musnah pada tahun 2016.”

FOTO / THE DAY

Antara faktor yang menjurus kepada kemusnahan terumbu karang tersebut adalah kerana fenomena pemanasan global lantas menyaksikan pembantutan pembiakan alga.

Tanpa kehadiran alga, terumbu karang tidak akan mendapat makanan dan juga nutrien yang diperlukan.

FOTO / TORONTO STAR

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini