SELEPAS projek River of Life dan pelancaran Kolam Biru baru-baru ini di ibu kota Kuala Lumpur, kerajaan Malaysia akan melancarkan satu lagi projek pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah warisan alam.

Projek bernama Taman Tugu itu bakal memulihara kira-kira 800 pokok, dengan 150 batang mempunyai diameter berukuran lebih 1 meter. Ia bermakna pokok-pokok tersebut berusia sekitar lebih 100 tahun.

RIVER OF LIFE

Malah, menerusi projek tersebut, kerajaan akan menambah lebih 4,000 pokok hutan hujan di Malaysia. Kawasan seluas 66 ekar itu juga akan dipindah milik kepada badan amanah awam yang dikenali sebagai Amanah Warisan Negara.

Justeru, kerajaan juga telah mengenal pasti tapak berkeluasan 25 ekar berdekatan Taman Tugu yang akan menjadi sebahagian daripada Amanah Warisan Negara. Kawasan tersebut akan dikekalkan sebagai ruang hijau dan alami untuk kunjungan awam selama-lamanya.

FOTO/TAMANTUGUPROJECT

Inisiatif itu dilaksanakan bagi membasmi dan melawan kesan rumah hijau. Ia juga satu tanggungjawab kerajaan pusat yang tidak wajar dipandang remeh. Ia juga sebahagian daripada tanggungjawab sosial kepada bumi dan alam sekitar.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini