Sains & Alam

Lipas mampu hidup walaupun kepala bercerai badan?

By  | 

LIPAS merupakan antara makhluk perosak paling ‘digeruni’ manusia. Namun tahukah anda bahawa lipas adalah serangga yang tahan lasak?

Misalnya, lipas boleh bertahan di bawah sinaran radiasi yang tinggi. Malah, lipas juga boleh hidup berminggu-minggu walaupun kepalanya terpisah dari badan.

Sistem anatomi lipas menjelaskan bahawa ia mempunyai sistem peredaran darah yang asas dengan organ-organ yang kecil.

FOTO / DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI

Selain itu, lipas juga tidak memerlukan kepala untuk proses pernafasan kerana ia tidak bergantung kepada satu organ sahaja untuk bernafas.

Lipas menyedut oksigen melalui pelbagai saluran yang disambungkan ke liang-liang yang digelar spiracles.

Spiracles banyak terdapat di abdomen lipas. Ia sekali gus memudahkan lipas untuk bernafas andai kata kepalanya terpisah dari badan.

Organ otak lipas pula tidak kompleks seperti otak manusia kerana fungsi-fungsinya sekadar membantu lipas untuk mengesan deria-deria paling asas. Misalnya tindak balas terhadap cahaya, sentuhan dan sebagainya.

FOTO/BOSTONGLOBE

Tahukah anda bahawa lipas yang berterbangan itu merupakan lipas betina? Lipas jantan tidak mempunyai keupayaan untuk terbang.

Selain itu, lipas juga didapati membawa sekitar 40 jenis bakteria yang boleh mengundang pelbagai penyakit. Lipas juga antara serangga yang mampu bergerak laju di daratan dengan kepantasan 4.8 kilometer dalam masa 1 jam.

 

Sumber : Science Nazi

Comments

comments

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *