Kuala Lumpur semakin panas? Fenomena pulau haba adalah jawapannya

0
15

FENOMENA pulau haba bukanlah asing bagi mereka yang tinggal dan bekerja di bandar-bandar besar. Contoh terhampir adalah ibu kota Kuala Lumpur.

FOTO/ALDAWLEYAH TRAVEL

Kejadian alam ini adalah kesan tindakan manusia yang rancak membangunkan bandar tanpa memikirkan kesannya terhadap alam.

Pulau haba merupakan kesan rumah hijau yang menyaksikan haba-haba terperangkap dan tidak dapat dibebaskan secara baik. Ia hanya berlaku di bandar-bandar besar.

FOTO/TINTA TINTA ILMU

Antara faktor fenomena ini adalah kawasan bandar yang kebanyakannya berturap dan bersimen. Kekurangan penanaman rumput sebenar juga digantikan dengan rumput palsu. Kawasan persekitaran yang banyak berturap akan membuatkan suhu meningkat.

Binaan konkrit serta bangunan bercermin yang terlalu rapat dan pembangunan bandar tidak terancang turut mempengaruhi peningkatan suhu di bandar.

FOTO/GET DOC

Pembebasan asap kenderaan dan pembakaran terbuka juga menyumbang kepada pembentukan fenomena pulau haba.

Akibatnya, penyakit seperti kanser, sakit mata, asma dan mudah untuk pitam semakin menular. Fenomena hujan asid, peningkatan suhu badan dan kawasan setempat juga kerap terjadi. Tubuh manusia juga akan cepat kehilangan air akibat perpeluhan melampau.

Sebagai penyelesaian, pelan perancangan bandar mesti diperhalusi dengan mengambil kira faktor pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Peranan tersebut perlu dilaksanakan pihak majlis bandar raya dengan menanam lebih banyak pokok rimbun dan memperbanyakkan penggunaan rumput berbanding simen.

Orang awam juga boleh menggunakan pengangkutan awam agar kesan pembebasan asap kenderaan dapat dikurangkan. Hentikan pembakaran terbuka serta-merta.

FOTO/TOKYO BY BIKE

Jadikan negara-negara maju seperti Jepun sebagai contoh. Ramai dalam kalangan rakyat mereka memilih untuk berbasikal atau menaiki pengangkutan awam ke tempat kerja.

Bandar-bandar besar di Eropah juga sudah mengisytiharkan hari-hari tertentu sebagai hari bebas kenderaan.

FOTO/KCW TODAY

Di Eropah juga, bangunan-bangunan walaupun dibina agak rapat, tetapi kebanyakannya tidak terlalu tinggi seperti di Kuala Lumpur.

Mengurangkan penggunaan tenaga juga merupakan salah satu langkah proaktif seperti mengurangkan penggunaan pendingin hawa dan menggunakan lampu apabila perlu.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini