Camel spider labah-labah kacukan kala jengking

0
53

 

SEORANG lelaki di Arizona, Amerika Syarikat mendakwa menemui spesies kacukan labah-labah dan kala jengking.

Sebenarnya ia bukanlah spesies baharu. Ia dikenali sebagai camel spider atau wind scorpion. Haiwan daripada kelas araknid itu mempunyai ciri gabungan labah-labah dan kala jengking. Bahagian mulutnya yang lebar menyerupai kala jengking.

“Saya tidak tahu bahawa labah-labah jenis ini banyak terdapat di Arizona. Saya pernah melihat labah-labah seumpama ini tetapi menyangka ia hanya wujud di Iraq,” jelas Thomas Acosta menerusi kenyataan yang dipetik daripada ViralThread.

Meskipun labah-labah ini mempunyai 10 kaki, namun secara teknikal, hanya lapan kakinya yang berfungsi.

Disebabkan bahagian mulutnya yang besar, labah-labah ini mampu untuk memakan cicak, burung dan serangga kecil.

Jika anda berada di gurun (padang pasir) dan terserempak dengan labah-labah ini, usah khuatir kerana ia tidak mampu membunuh manusia dengan racunnya, biarpun kelihatan menakutkan.

SUMBER : VIRAL THREAD

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini