10 fakta tentang Utarid, planet terkecil dalam sistem suria

0
78
PINTEREST

PLANET Utarid merupakan planet paling hampir dengan matahari dan planet terkecil dalam sistem suria. Jarak antara Utarid dan matahari adalah sejauh 57.9 juta kilometer.

1 . Planet terdekat dengan matahari

Meskipun Utarid merupakan planet yang terdekat dengan matahari, namun suhu malam dan siang di Utarid sangat berbeza dengan Bumi. Misalnya, ketika waktu siang, suhu Utarid boleh mencecah sehingga 450 darjah Celsius dan menjelang waktu malam, suhunya menjunam sehingga negatif 170 darjah Celsius.

2 . Planet terkecil

Dahulu, Pluto merupakan planet terkecil dalam sistem suria. Namun, atas kesepakatan para saintis, Pluto telah tergolong dalam planet kerdil dan tidak termasuk dalam planet utama. Maka ia telah menjadikan Utarid sebagai planet terkecil dalam sistem suria.

3 . Kesan asteroid gergasi

Utarid mempunyai kawah sebesar 1,545 kilometer persegi sehingga mampu memuatkan negeri sebesar Texas, Amerika Syarikat.

FOTO/WIKIPEDIA

4 . Orbit yang unik

Mengelilingi matahari lebih pantas berbanding planet lain. Misalnya, Utarid bergerak pada kelajuan 180,000 km/j dan mengambil masa selama 88 hari (waktu Bumi) untuk melengkapkan satu putaran orbit.

5 . Berkemungkinan mempunyai ketulan ais

Kutub utara dan kutub selatan yang terselindung menjadikan dua kawasan tersebut mempunyai sumber ketulan air. Pendapat itu logik memandangkan meteroit juga boleh menjadi agen pembawa ais.

6 . Teras yang besar

Kandungan lapisan besi sekitar 75 peratus menjadikan Utarid mempunyai besi dalam radius yang sangat besar.

FOTO/UNIVERSE TODAY

7 . Mempunyai peta

NASA telah menghantar pesawat angkasa, MESSENGER dan telah mengorbit Utarid sejak 2011. Pesawat tersebut berjaya mengambil gambar keseluruhan Utarid. Berdasarkan rakaman gambar itu, saintis telah memetakan keseluruhan planet Utarid.

8 . Atmosfera paling nipis

Haba pada waktu malam di Utarid dapat dibebaskan terus ke angkasa.

9 . Ekor planet

Saintis telah menjumpai sejumlah jaringan partikel yang merentasi planet yang terlihat seolah-olah ia membentuk ekor planet.

10 . Gunung berapi

Utarid mempunyai volkano atau gunung berapi kerana terdapatnya lava kering. Biarpun tiada aktiviti gunung berapi direkodkan, tetapi saintis yakin berdasarkan penemuan kesan-kesan tersebut, aktiviti lava pernah berlaku suatu ketika dahulu.

SCIENCE
SUMBER : SCIENCE NAZI

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini